BN Boikot Pilihan Raya Port Dickson, Tak Letak Calon Lawan Anwar

Tambah ke Sumber Pilihan
BN Boikot Pilihan Raya Port Dickson, Tak Letak Calon Lawan Anwar

Barisan Nasional (BN) akhirnya memutuskan untuk boikot pilihan raya kecil Port Dickson yang bakal diadakan pada Oktober depan. Keputusan ni telah diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu sidang media sebentar tadi.

“Maka kami mengambil keputusan bahawa BN akan boikot PRK PD. Ertinya kita tak akan letakkan calon mewakili BN atau atas nama BN,” kata Zahid, lapor Malaysiakini.


Zahid
Sumber: Facebook

Setakat ni hanya parti kecil, Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dikatakan suarakan hasrat untuk cabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi PRK tersebut. Manakala PAS pulak sebelum ni katanya ada berikrar untuk tak nak beri laluan mudah dan kemenangan percuma pada Anwar.

Colin Ai 12
Sumber: Blog

Namun hari ni, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, mereka jugak mungkin tak harus terlibat dalam PRK tu yang ‘sengaja diada-adakan untuk penuhi kehendak individu tertentu’. Ouch! 

“Pemimpin PAS juga tidak berminat dengan kerusi berkenaan. Jika BN pun tidak mahu meletakkan calon, kita bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menanglah,” katanya ketika ditemui media di Kota Bharu.

7E0A4Bb73A39C29Fa5502437F879B743
Sumber: Malaysiakini

PRK Port Dickson dijangka akan diadakan pada 13 Oktober ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 29 September dan tempoh berkempen selama 14 hari.

Anwar akan menang tanpa bertanding? Sama-sama kita nantikan! 

Baca: Jangan Ikut Kerajaan Lama Yang Angkuh, Sombong – Anwar

Anwar

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

BN Boikot Pilihan Raya Port Dickson, Tak Letak Calon Lawan Anwar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bn-boikot-pilihan-raya-port-dickson-tak-letak-calon-lawan-anwar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM