in

Jangan Ikut Kerajaan Lama Yang Angkuh, Sombong – Anwar

Page Anwar 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pertukaran tampuk kepimpinan kepada yang baru, pastinya orang ramai berharap akan ada perubahan yang baik bagi menjamin masa depan negara.



Baru-baru ini, ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Klang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memastikan agenda pembangunan awam diteruskan bagi membawa perubahan yang positif kepada negara, lapor Malaysiakini.

A 1
sumber: malaysiakini

Selain itu, beliau turut mengatakan kerajaan baru ni akan bermuafakat supaya dasar-dasar yang baik akan dapat dilaksanakan.

“Keadaan dah berubah, permulaan baharu. Kita kini ada tanggungjawab untuk betulkan kesalahan (kerajaan) yang lama.

“Kerajaan sekarang juga pada masa sama perlu memastikan tidak memiliki sifat kerajaan lama yang angkuh dan sombong.”

A3
sumber: blog

Mengulas mengenai kebimbangan rakyat terhadap Janji 100 hari HARAPAN yang gagal dilaksanakan sepenuhnya, Anwar berkata,

“Sesetengahnya mengambil masa 100 hari untuk dilaksanakan, sesetengahnya mengambil masa setahun dan sesetengahnya lima tahun.”

Turut hadir dalam majlis yang sama ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang berkata antara pencapaian besar kerajaan HARAPAN sepanjang 100 hari mentadbir negara adalah melantik anggota Parlimen pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baru.

A4
sumber: the star

“Paling penting kita ubah struktur pemerintahan di mana pertama kali akaun dan perjalanan pentadbiran kerajaan hari ini akan dicheck oleh pembangkang apabila Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilantik sebagai pengerusi PAC.”

“Perkara kedua… antaranya ialah pengisytiharan harta menteri, perdana menteri, timbalan perdana menteri dan anggota Parlimen kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bukan kepada perdana menteri seperti sebelum ini.”

Yelah, rakyat pastinya nak pembaharuan…

Baca: Anwar Nak Tanding Kerusi Pekan?

Pek1 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.