in

“Bilik penuh sampah jadi lawa!” – Video Makeover Bilik Gadis Ini Terima Lebih 15 Juta Tontonan!

Tiktok Viral Bilik Bersepah Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baik lelaki ataupun perempuan, pastinya ada diantara kita yang tidak suka untuk mengemas bilik dan kadang-kala, disebabkan terlalu sibuk dan sebagainya bilik hanya dikemas pada hujung minggu.



Namun, ada juga sesetengah yang tidak kisah sekiranya bilik mereka bersepah dan berbau hapak sehinggakan sesiapa yang memasuki bilik tersebut boleh pening mahupun ‘sesat’ kerana terlalu bersepah.

Begitulah yang kelihatan di sebuah video dari negara jiran yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini sehingga mendapat lebih dari 15 juta tontonan dan hampir setengah juta like yang telah dikongsikan oleh Asep Syaeful (@asepsy1) ini


Makeover Tiktok 2

“Gaya perumahan”

Video yang dikongsikan ini walaubagaimanapun tidak mempunyai apa-apa penjelasan lanjut selain turut menutup ruangan komen. Hanya ada satu ayat ringkas menjelaskan apa yang sedang berlaku iaitu “Gaya Perumahan”.

Menurut video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berkemas sebuah bilik yang sarat dengan sampah, hanya terdapat sebuah katil kayu dan kelihatan tidak terurus tersebut untuk di berikan ‘nafas’ baharu. Jika sekali tengok, pasti ramai yang menyangka bahawa bilik tersebut terdapat dalam sebuah ‘rumah tinggal’.

Makeover Tik Tok 1

Apa yang mengagumkan, makeover tersebut hanya dilakukan oleh gadis tersebut seorang diri tanpa dibantu orang lain.

Dimulakan dengan mencabut perhiasan di dinding, gadis tersebut kemudiannya kelihatan mengeluarkan kesemua barangan yang ada di dalam bilik tersebut seperti rak yang pada awalnya tidak kelihatan, katil dan seterusnya membersihkan segala sampah sarap di bilik tersebut.

Macam bilik hotel!

@asepsy1##gayarumahan♬ suara asli – Asep Syaeful

Setelah kesemua sampah disapu dan dibuang, gadis tersebut kelihatan memulakan projek makeover bilik tersebut dengan meletakkan karpet sebelum memasang perhiasan dinding dan langsir.

Dia kemudiannya memasukkan semula rak yang dipercayai almari baju yang lama dan katil kayu yang kemudiannya diletakkan tilam dan dipasangkan cadar bewarna merah jambu.

Makeover Tik Tok 2

Apa yang menarik perhatian ramai, walaupun tidak menggunakan banyak perabot, hasil makeover tersebut nampak ‘mewah’ dan keadaan biliknya jadi sangat cantik seakan-akan dibuat dalam masa yang panjang.

Disebabkan ruangan komen ditutup, malangnya kita tak dapat nak tengok reaksi orang ramai terhadap hasil makeover tersebut.

Apa-apa pun, memang cantik bilik tu lepas dikemas dan di makeover! Boleh ditiru ni idea dia. 

Baca : “Lepak nak, buang sampah tak nak” – Viral Gambar Sungai Tempat Riadah Dipenuhi Sampah Sarap

Ft Sungai Penuh Sampah Sarap

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.