in

“Bila kau fikir nak sedap je” – Lelaki 28 Tahun Buat Seks Dengan ‘Gadis 22 Tahun’, Sekali Dapat Tahu Baru Umur 12 Tahun!

Kena Tipu Online

Selepas mengenali seorang gadis secara online, lelaki yang berasal dari Shanghai, China sanggup terbang ke Hong Kong untuk bertemu dengannya, lapor South China Morning Post.

Lu Wei, 28, berkenalan dengan gadis itu ketika bermain permainan atas talian pada tahun 2018. Gadis itu memperkenalkan diri dan memberitahu dia berusia 22 tahun. Tak lama lepas tu mereka mula jatuh cinta dan menjalinkan hubungan meskipun tidak pernah berjumpa. Lu Wei dan kekasihnya itu hanya berhubung melalui aplikasi mesej ringkas.

Akhirnya, Lu membuat keputusan untuk berjumpa dengan kekasihnya di Hong Kong pada Disember 2018. Mereka kemudian melakukan hubungan seks pada 22 Disember dan sekali lagi pada keesokan harinya di Regal Oriental Hotel dekat Bandar Kowloon.

Tapi, lepas tu baru Lu diberitahu yang kekasih dia masih seorang kanak-kanak! Pada mulanya kekasih dia mengaku dah tipu Lu pasal umurnya dan beritahu dia berusia 18 tahun. Rupa-rupanya, umur 18 tahun tu pun dia tipu lagi! Menurut Lu, pada 24 Disember ketika menghantarnya di lapangan terbang, kekasihnya beritahu umur sebenar dia baru 12 tahun!

Disebabkan masih berstatus kanak-kanak, pada 27 Ogos lepas, Lu dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara selepas dia mengaku bersalah melakukan hubungan seks/merogol kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Hakim memberitahu dia menerima penyesalan Lu selepas mendengar penjelasannya di mana dia berkata kanak-kanak itu nampak matang dari usianya.

Walaupun dah beli tiket balik China, Lu buat keputusan untuk jalani hukuman di Hong Kong. Kata Lu, hubungan dia yang sebelum ni selalu gagal sebab masalah gaji dia rendah atau kerja lebih masa. Bila dah jumpa ‘gadis’ tu dia betul-betul jatuh cinta tapi rupanya tertipu dengan umur yang masih kanak-kanak.

Kalau nampak matang sekali pun, macam mana budak 12 tahun boleh nampak macam umur 22 tahun? Aku curious betul sekarang ni…

Baca: “Saya malu, jangan tertipu dengan akaun tu” – Gambar Gadis Ini Disalah Guna Untuk Servis Seks

Gambar Sex Featured