in

“Saya malu, jangan tertipu dengan akaun tu” – Gambar Gadis Ini Disalah Guna Untuk Servis Se*s

Gambar Sex Featured

Bahaya betul sekarang ni! Sekarang, suka hati je orang curi gambar yang kita upload ke Internet dan buat fake account.

Tak kisahlah sama ada untuk Facebook, Instagram atau Twitter, nampaknya semakin menjadi-jadi perangai orang macam ni.

Gambar diguna untuk khidmat seks

Dalam kejadian terbaru, gadis ni mendakwa gambarnya telah disalahguna oleh pihak tak bertanggungjawab di Twitter untuk perkhidmatan servis seks!

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu sebaik saja diberitahu oleh rakan-rakan.

Haa, tengok jelah contoh gambar yang digunakan fake profile dengan username @fazz_01 ni. Berani sungguh!

Gambar Sex 2
sumber: twitter

Dah tu, boleh pula fake profile ni offer servis bermula harga RM150/sejam!

Akaun pemilik asal kena block

Sebaik saja tahu mengenai isu ni, gadis ni terus create akaun Twitter dan minta tolong orang ramai untuk sama-sama laporkan gambarnya telah disalah guna.

Dalam masa tak sampai sehari, tweet dia dah kena RT lebih 2,000 kali dan menyebabkan akaun fake tu block pemilik asal di Twitter.

Gambar Sex 6
sumber: twitter

Dan nampaknya nama gadis ini semakin hangat diperkatakan di Lembah Klang, terutamanya Ampang dan Rawang sebab dipercayai menawarkan perkhidmatan seks.

Gambar asal dari Wechat

Kesian juga dengan kes dia ni. Netizen pun dah ramai-ramai report akaun Twitter tak bertanggungjawab tu.

Bila disoal netizen macam mana gambarnya boleh digunakan, gadis ni jawab pada asalnya dia letakkan di akaun Wechat sendiri.

Gambar Sex 3
sumber: twitter
Gambar Sex 5
sumber: twitter
Gambar Sex 4
sumber: twitter

Ada juga orang yang nasihatkan gadis ni untuk buat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Biar orang tu tertangkap dengan pihak polis, baru dia tau betapa teruknya apa dah dilakukan.