in

Terdesak Nak Cuti Bergaji, Pekerja Sanggup Palsukan Result Ujian Covid

Fi Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat terdesak untuk dapatkan cuti bergaji, seorang pekerja syarikat pembinaan terpaksa memalsukan keputusan ujian Covid-19 miliknya kepada positif.

Dilaporkan caranya sangat mudah iaitu dengan menggunakan skill mengedit gambar keputusan ujian Covid berkenaan yang negatif kepada keputusan positif.


“Senang je, tiada siapa boleh detect kecuali kalau mereka check gambar betul-betul,” kata pekerja itu.

Apabila ditanya prosedurnya, pekerja tersebut memberitahu pertama sekali dia membuat ujian kendiri Covid-19 yang menunjukkan keputusan negatif (satu garis). Selepas itu, dia mengambil gambar keputusan tersebut dan menggunakan satu aplikasi atau software bagi memotong gambar garis merah itu.

Da9968Eec3Dc5Ed660Ec900Caafda702

 

Lalu ia disunting dan diletakkan ke bahagian ‘T’ di dalam gambar yang sama bagi tujuan pemalsuan itu. Disebabkan ia merupakan garisan yang sama dengan gambar asal, jadi agak mustahil untuk menentukan keaslian gambar tersebut.

Setelah siap mengedit, dia kemudiannya menghantar gambar tersebut ke dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan arahan ‘Home Surveillance Order’.

Sepanjang tujuh hari menjalani kuarantin di rumah, dia dikatakan melaporkan rekod kesihatannya dua kali sehari dan tidak dipanggil ke klinik bagi membuat ujian PCR kerana dia tidak termasuk dalam kategori pesakit berisiko tinggi.

Terpaksa palsukan ujian Covid demi jaga anak di rumah

Di samping itu, dalam satu kes lain pula seorang pekerja wanita terpaksa menggunakan keputusan positif milik rakannya bagi mendapatkan tempoh kuarantin demi menjaga anak kecilnya di rumah.

“Saya dah minta cuti kepada majikan kerana pengasuh anak saya ada urusan kecemasan, tetapi disebabkan kekurangan staff permohonan cuti saya ditolak. Jadi, saya terpaksa memalsukan keputusan Covid saya,” jelas pekerja ini.

Katanya lagi, dia sedar bahawa perbuatannya itu sangat tidak beretika dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Menurut seorang pegawai Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang kini berkuat kuasa akibat wabak Covid ini, beliau tidak dapat mencari sebarang kuasa yang membenarkan mana-mana pihak berkuasa kesihatan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang memalsukan ujian Covid-19 ini.

Pun begitu, syarikat boleh mengambil tindakan sendiri termasuk membuat pemotongan gaji sebagai ganti 7 hari tidak masuk kerja, digantung kerja mahupun dibuang kerja.

Pegawai tersebut turut menasihati syarikat yang kakitangan mereka telah memalsukan ujian Covid-19 agar melaporkan kepada pihaknya juga kerana ia boleh menyebabkan mereka membuat tuntutan insuran perubatan palsu.

Sumber: TheStar

Baca: Kurangkan bergantung dengan PCR, RTK dah cukup untuk kesan Covid-19- KJ

Baca Palsu

Sumber: blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.