in

“Respek abang bomba” – Orang Ramai Puji Tindakan Bomba Lari Jalankan Tugas Walaupun Baru Masuk Waktu Berbuka

Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu berbuka puasa adalah waktu yang paling terbaik untuk kita luang bersama keluarga dan orang tersayang. Waktu ini juga lah kita dapat bersama-sama muhasabah diri selepas seharian melalui hari tanpa makan dan minum.


Pun begitu, ada juga golongan yang terpaksa mengorbankan detik-detik itu atas tanggungjawab kepada masyarakat.

Baru-baru ni, tular di media sosial anggota bomba terpaksa bergegas untuk menjalankan tugas biarpun Azan Maghrib baru sahaja berkumandang. Korang boleh tengok video @localrkyt dibawah.

Artikel berkaitan: Oyen Tumpahkan 10 Botol Cecair Kimia Di Makmal IPG, Bomba Terpaksa Datang Bersihkan

Artikel berkaitan: “Kalau tumpah…” – Bawa Jag Air Dalam Trak Bomba, Netizen Terharu Anggota Bertugas Waktu Nak Berbuka

Respek abang bomba

Itulah adat dan budaya kerja golongan yang beruniform, kena setiasa bersedia tanpa mengira apa juga keadaan. Harap abang-abang bomba yang terpaksa bertugas ketika nak buka puasa tu diberikan ganjaran setimpal atas pengorbanan mereka.

Screenshot 2024 03 30 At 4.27.13 PmKalau tengok macam mana bomba bersedia untuk kecemasan tu memang epic lah. Kejap je dorang siap, tau-tau dah ada dalam trak untuk ke lokasi. Memang sangat mengutamakan panggilan kecemasan untuk selamatkan nyawa.

Screenshot 2024 03 30 At 4.27.00 PmAmiinn… di bulan yang mulia ini kita doakanlah jasa dan pengorbanan mereka yang tak henti-henti memberikan terbaik untuk menjamin keselamatan kita. Terutamanya abang-abang bomba dalam video ni kan. 

Screenshot 2024 03 30 At 4.26.08 PmIni yang tak best ni. Bukan sebab semata-mata kita kesian dekat abang bomba tak sempat berbuka tu, kita lebih marah kalau ada orang lain yang memang perlukan bantuan kecemasan tapi tak dapat sebab bomba semua dah ke lokasi fake call tu. Untuk korang, janganlah buat fake call, kesian kat orang lain dan abang-abang bomba kita ni.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.