in

“Biarlah orang nak troll, yang penting kami enjoy!” – Akak BTS Mohon Maaf Terlalu ‘Over’, Akui Excited Artis Kesayangan Menang

Sayang Bts Mas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara terlalu teruja menaiki pentas untuk mengambil trofi bagi pihak bintang kpop BTS, Mastura Jamil telah dikecam, dihina malah di’troll’ segelintir netizen di media sosial semalam.


Pun begitu, menurut mStar, wakil bagi Army Malaysia ini tidak kisah dikata bermacam-macam malah mengakui kesilapannya kerana tidak membuat sebarang persiapan untuk mewakili kumpulan tersebut di atas pentas ABPBH32 pada Ahad lepas. 

Kak Mas 1
sumber: blog

 

“Iyalah siapa yang tak excited apabila penyanyi kesayangan menang anugerah” 

Menurut wanita berusia 50 tahun ini, dia tidak menyangka akan menjadi wakil kepada pihak BTS dan hanya datang sebagai penyokong semata-mata di majlis anugerah tersebut.

“Pada awalnya saya hanya datang sebagai penyokong, sehinggalah BTS diumumkan sebagai pemenang dan wakil Berita Harian minta saya untuk naik ke pentas terima trofi. 

“Memang saya tak buat apa-apa persiapan, baik ucapan mahupun pakaian. Mungkin kerana terlalu teruja sampaikan nampak macam over pula. Iyalah, siapa yang tak excited apabila penyanyi kesayangan menang sesuatu anugerah,” kata Mastura.

Bts
sumber: twitter

 

“Saya sedar ramai yang kecam di media sosial” 

Dalam pada itu, Mastura juga sedar yang dia telah dikecam netizen di media sosial dan tidak berkecil hati dengan kritikan netizen serta penyokong BTS lain.

Baginya, setiap orang mempunyai pendapat peribadi dan tidak kisah dengan apa juga komen yang dilemparkan mereka.

“Saya sedar ramai yang kecam di laman sosial, jadi sebagai manusia biasa saya nak memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang saya lakukan. 

“Lantaklah orang nak kata apa pun, niat saya waktu itu hanya naik atas pentas untuk ambil trofi bagi pihak BTS. 

“Biarlah orang nak troll sekalipun yang penting kami semua enjoy di sana dan datang untuk sokong BTS,” tambah Mastura lagi yang mengakui kenal BTS melalui melalui anaknya.

Edlgjvzuwaahzzv
sumber: twitter

Sementara itu, Mastura juga memberitahu yang dia sudah berbincang dengan beberapa pengendali Army Malaysia untuk menghantar trofi tersebut ke Korea Selatan.

Trofi itu katanya akan diserahkan kepada pihak pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertainment menggunakan pos tidak lama lagi. 

Stay positive ye kak! Tak sangka walaupun 50 tahun tapi jiwa masih muda dan meminati BTS. 

Baca: “Who is this makcik?” – Kecam Ketua Army Malaysia Ambik Trofi, Netizen Tak Faham Kenapa BTS Menang ABPBH32?

Bts

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.