in

“Who is this makcik?” – Kecam Ketua Army Malaysia Ambik Trofi, Netizen Tak Faham Kenapa BTS Menang ABPBH32?

Kpop Dan Makcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Who is this makcik?" - Kecam Ketua Army Malaysia Ambik Trofi, Netizen Tak Faham Kenapa BTS Menang ABPBH32?
Loading
/

First of all, admin nak ucapkan tahniah kepada pelakon jelita dan sopan santun, Mira Filzah kerana telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang berlangsung malam tadi.

https://www.instagram.com/p/B2uBYfNHo-w/


Dalam kemeriahan anugerah yang penuh glamour ni, nampaknya ada juga soksek yang admin dengar kononnya netizen tak setuju dengan kemenangan artis kpop dalam anugerah ni. Laaa pulak!

Menerusi satu posting di Twitter, seorang netizen mempersoal kemenangan BTS dalam ABPBH dan sikap seorang ‘makcik’ iaitu ‘ketua army’ yang katanya agak keterlaluan semasa ambil trofi. 

 

“Apa kena mengena kpop dengan industri hiburan Malaysia?” 

Menurut netizen tersebut, ABPBH sepatutnya tak patut wujudkan pun anugerah buat kumpulan kpop ni. Hal ini sebabnya, apa kena mengena BTS dan kpop dengan industri hiburan Malaysia pulak? Erk! 

Army 1

Army 2

Effc1Odwwae49Uk
sumber: twitter

 

“Makcik ni punya semangat naik pentas macam trofi tu dia punya” 

Tak cukup dengan itu, telatah wanita yang menjadi wakil bagi mengambil trofi buat kumpulan BTS pun siap kena troll lagi.

Ada yang kata gayanya melebih-lebih macam dia pulak yang menang anugerah tu. Haih macam-macam… maybe dia excited kot artis yang dia sokong menang kan?? Korang tengoklah kat bawah ni.

Makcik Bts
sumber: twitter

 

“Award yang tak ada makna. Just nak tumpang populariti BTS” 

Agak memeritkan, siap ada yang kata ABPBH hanya buat award ni untuk tumpang populariti kumpulan BTS saja. Sebab fans BTS kan ramai, jadi bolehlah naikkan rating ABPBH kalau ramai yang tengok award ni kerana kpop.

Kppp
sumber: twitter

Apa-apapun bagi admin, kita tak perlulah terlalu negatif sampai semua perkara nak dikecam. Anggap jelah dah rezeki BTS menang anugerah ni kan? Bagi ABPBH, mungkin boleh buat lebih banyak perubahan dan pembaharuan tahun depan.

Tahniah buat semua pemenang! 

Baca: “Mana nak cari husband macam ni? Kami nak jugaaa!” – Pengantin Perempuan Punyalah Suka BTS Sampai Mas Kahwin Pun Dapat Album BTS!

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.