in

10 Cabaran Bila Pakai Mekap Kat Malaysia

Page Mekap Edited 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang perempuan memang sinonim dengan mekap. Ada macam-macam sebab kenapa dorang memilih untuk memakai mekap. Antaranya sebab minat dan nak naikkan seri wajah.


Kadang tu, bukan nak sangat pun pakai mekap tapi sebab nampak terlalu pucat tanpa mekap, jadi terpaksa tepek juga lipstik lah itu ini. Tapi sebenarnya struggle gak mekap ni, meh sini nak bagitau 10 cabaran bila pakai mekap kat Malaysia.

 

1. Terpaksa bangun extra awal semata-mata nak pakai mekap

Guys, kalau korang nak tau, pakai mekap ni ambil masa okay. Gegadis ni bukannya Snow White ke atau Sleeping beauty, bangun-bangun dah cantik cam ni…

Bea

Kalau yang dah expert tu maybe kejap je lah kan but still takes time nak complete pakai mekap tu kat muka nak bagi on point bagai. So, because of that, terpaksa si gegadis bangun extra awal just nak spend masa untuk pakai mekap. Kalau tak kang nampak cam ni pulak!

Monk

 

2. Nak cari foundation yang sesuai dengan warna kulit memang real struggle!

Kalau korang tengok kat kedai ke atau kat iklan, dah banyak foundation yang dijual dengan macam-macam jenis dan warna. Tapi walaupun dengan pelbagai warna yang ada ni, still masih susah nak cari foundation yang sesuai dengan warna kulit. Kalau ada jumpa pulak, jenis yang tak sesuai dengan kulit muka.

Liquid Foundation Gif By Nyx Professional Makeup

 

3. Pakai mekap mata je boleh ambil masa berjam nak bagi on point

Nak pakai mekap mata memang susah ya Tuhan! Menguji kesabaran betul! Ingat senang ke nak lukis kat mata sendiri?

Giphy1 2

Jenuh weh nak pakai eyeliner atau browliner. Tengok orang lain pakai macam senang je, bila kita pakai, mesti tak sama lah atau terover sangat lah. Macam-macam masalah yang timbul. Bila tersalah, kena lah padam lepas tu pakai balik. Jenuh weh, sampai bila tak siap. Kadang masa pakai eyeliner sampai berair-air mata.

 

4. Baru teringat pakai eyeliner lepas dah sedap gosok mata

Ll
gambar hiasan

Parah! Dah lah nak pakai eyeliner ambil masa lama. Bila dah cantik-cantik pakai tu, sekali tergosok mata la pulakkkk… Habis eyeliner tu comot-comot kat mata. Sedih betul.

 

5. Lipstik kalau tak kena gigi sekali, memang tak sah

Masa pakai lipstik, fuhh, seronok tenyeh-tenyeh kat bibir tu tau. Sekali, bila kau senyum nampak gigi, ada pulak lipstik ni yang melekat kat gigi depan ni. Adoiii! Buat malu je lah. Lepas tu bila bersihkan, kau senyum lagi, ada lagi kesannya sampailah kau bersihkan lipstik kat bahagian dalam bibir tu. Masalah betul.

Giphy2

 

6. Terpaksa pilih nak makan VS nak jaga lipstik

Orang Malaysia memang suka makan. So, memang sakit sikitlah nak kena pilih makanan atau nak jaga lipstik sebab nak makan memang susah bila dah pakai lipstik. Terpaksa berhati-hati je bila nak makan tu especially kalau makan mi ke or spageti dan makanan yang bersup atau berminyak. Kadang rasa baik tak payah lah pakai lipstik ni. Tapi kang tak pakai orang mesti tanya sihat ke tak sebab nampak pucat. Hmmmm….

Giphy 1 11

 

7. Cuaca kat Malaysia yang panas dan lembab tak sesuai nak pakai mekap 

Kat Malaysia ni bila panas, mak aiii panas sampai berpeluh sebaldi! So, kalau gegadis yang pakai mekap ni, cepat je mekap cair. Tiba-tiba bila tengok cermin, segala macam mekap yang dah ditepek kat muka dah cair dari atas ke bawah. Eyeliner, mascara semua buat korang nampak lagi penat. Masa ni lah rasa membazir je bangun pagi tadi untuk pakai mekap.

Beyoncecryface
gambar hiasan

 

8. Nak pakai mekap susah, nak tanggal mekap pun susah

Ye betul kat luar tu banyak je jenis mekap remover yang oil based lah, water based lah, wet tissue dan macam-macam jenis lagi. Walaupun dekat iklan or label tulis boleh hilangkan mekap dengan sekali pakai, sebenarnya tak semua pun cam tu. Mesti akan ada lagi kesan-kesan mekap tu especially mekap mata! Adoiiii!

Cry Mascara Orphan Photography Run Favim.com 235622 0

 

9. Boleh rabak poket beli mekap

Kenapa mekap kena mahal eh? Kang beli yang murah tak elok pulak untuk muka. Dilema betul! Itu belum kira berus solek dan beauty blender yang harga bukan bawah RM10. Sebab tu ramai yang kadang sanggup tunggu gaji sebelum nak keluar shopping mekap dan yang sanggup beli mekap murahan. Last-last, muka yang rosak sebab yang bagus mahal sangat.

Black And White Fly Gif By Rocketjump

 

10. Orang lelaki selalu komplen sebab perempuan pakai mekap tebal 

Capture
sumber: twitter

Hello! Kau ingat perempuan pakai mekap sebab nak tunjuk dekat lelaki ke? Please, jangan perasan okey! Perempuan pakai mekap untuk puaskan hati sendiri dan nak naikkan confident sendiri. Pakai mekap tebal atau nipis untuk nak bagi diri sendiri nampak cantik untuk kepuasan diri. Faham?

Banyak cabaran sebenarnya pakai mekap ni tapi dah jadi macam keperluan serta pilihan masing-masing lah kan nak pakai ke tidak ke tebal atau tak. Lepas tu, janganlah kejam sangat nak label perempuan ni gedik ke apa semata-mata sebab dia pakai mekap. Be nice, okay?

Bertabahlah wahai wanita.

Baca: 5 Perkara Perempuan Lalui Kaum Lelaki Takkan Pernah Faham

Page Wanita3 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.