“Besarnya pengorbananmu..” – Lelaki Ini Dikhuatiri Lemas Demi Selamatkan Nyawa Orang Lain

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Besarnya pengorbananmu..” – Lelaki Ini Dikhuatiri Lemas Demi Selamatkan Nyawa Orang Lain

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Sedih dan pilu bagi sebuah keluarga apabila anak mereka masih belum ditemui selepas dikhuatiri lemas dalam usaha menyelamatkan lima sekeluarga yang terjunam ke dalam sungai.

“Besarnya pengorbananmu..”

Niatnya hanya nak menyelamatkan 5 nyawa yang hampir lemas, tapi siapa sangka sikap tak pentingkan diri Abdul Bari Asyraf telah membahayakan nyawanya sendiri.

Menurut ayahnya, dia reda dengan kejadian menimpa anaknya itu walaupun tragedi berkenaan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga.

Sumber: Facebook

Dalam kejadian yang terjadi malam tadi, sebuah keluarga hampir lemas apabila kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka menggelungsur turun ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

“Dengar jeritan minta tolong”

Menurut laporan Harian Metro, Abdul Bari bersama tiga penyelamat lain terus terjun ke sungai selepas mendengar jeritan orang ramai meminta tolong.

Korang tengok sajalah video ni, siapa saja tak sedih kalau dengar:

“Saya terdengar jeritan orang minta tolong dan segera ke lokasi sebelum terjun ke sungai.

“Selepas menyelamatkan dua wanita dan berenang ke tebing, saya dapati mangsa (Abdul Bari) yang juga penyelamat pertama dalam keadaan tenggelam timbul,” kata salah seorang penyelamat, Omar Abdul Aziz Othman.

Kenderaan dalam gear ‘reverse’

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas isteri pemilik kenderaan berkenaan nak alihkan kereta tanpa sedar gear berada dalam posisi reverse sebelum hidupkan enjin.

Pihak bomba juga mengesahkan keadaan itu menyebabkan kenderaan itu yang parking secara mengundur terus meluncur ke dalam sungai.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Dalam keadaan panik dan tak berfikir panjang tentang keselamatan diri, Abdul Bari terus terjun dengan niat untuk menyelamatkan mangsa-mangsa daripada lemas. Mulianya hati pemuda ini.

Sememangnya kejadian ini tak disangka-sangka. Mudah-mudahan beliau segera dijumpai.

Baca: “Saya nampak tangannya terkapai-kapai, tapi….” – Lelaki Kesal Tak Sempat Selamatkan Penjual Ikan Salai, Lemas Dalam Arus Deras

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.