“Saya nampak tangannya terkapai-kapai, tapi….” – Lelaki Kesal Tak Sempat Selamatkan Penjual Ikan Salai, Lemas Dalam Arus Deras

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sejak akhir-akhir ni banyak betul kejadian sehingga menyebabkan kematian, seperti kes tragedi lemas di pantai di Terengganu, kemalangan di jambatan Pulau Pinang dan beberapa kes lain.

Seorang lelaki, Nasri Aris 35 tahun turut berkongsi kisah duka yang dialaminya apabila menjadi saksi kepada kejadian lemas yang telah meragut nyawa seorang pemuda di kampungnya iaitu Kampung Hulu Laut, Seratok di Sarawak.

RASA terkilan tidak sempat menyelamatkannya. Hati saya sebak melihat tangannya terkapai-kapai meminta pertolongan,”

Sumber : Facebook
Sumber : Facebook

Saya cuba selamatkannya namun arus terlalu kuat

Nasir berkata, sebelum kejadian dia sempat melihat mangsa mandi di sungai itu hanya dengan memakai seluar jeans dan tidak berbaju.

“Tidak lama selepas itu, saya nampak tangannya terkapai-kapai. Saya berlari ke jeti dan terjun ke sungai untuk menyelamatkannya, namun arus terlalu kuat.”

“Kemudian, saya bergegas berenang ke jeti meredah arus deras menggunakan segala kudrat yang ada sebelum meminta bantuan penduduk kampung,” katanya

Berkongsi kisahnya, Nasir berkata sebelum kejadian, mangsa ada ke rumahnya untuk menjual ikan salai sebelum turun mandi di sungai berkenaan.

Mayat dijumpai 1 kilometer dari lokasi dipercayai lemas

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat dan air pasang besar..memang musim kot, banyak betul kes lemas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kabong, Nazry Mohamat berkata, pihaknya terima panggilan berhubung kejadian tersebut pukul 6.20pm sebelum melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan penduduk kampung.

Katanya mayat, Aziz Sofian Rosli, 27 tahun ditemui pada 9.10 pagi di Muara Sungai Endo kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa, dilaporkan hilang kira-kira jam 5 petang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Kabong.

Mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Korang kalau rasa macam bahaya je nak mandi kat sungai atau pantai, tak payah lah teruskan niat mandi tu okay.

Baca : Luluh hati kenang semua anak pergi tinggalkan kami sekelip mata; Tragedi 3 Beradik Mati Lemas di Pantai Sura

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.