in

Besarkan 5 Anak Menerusi Kerjaya Pekerja Pembersihan, Kisah Murni Kavita Dapat Pujian PMX

Syaz Ft 2026 08 19T171303.488

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak memang tiada galang gantinya. Walau apa jua profesion yang diceburi, berkat usaha gigih dan titik peluh seorang ibu pasti akan membuahkan hasil yang manis.

Terbaharu, kisah seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan bernama M Kavita mencuri perhatian ramai selepas pengorbanannya membesarkan lima orang anak hingga berjaya dalam bidang masing-masing mendapat pujian mesra daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Artikel berkaitan: “Majlis perkahwinan nak dibuat, pengantin tak datang” – Pembangkang Mohon Tangguh Sidang Khas RCI Tabung Haji Isu Kehadiran PMX

Artikel berkaitan: Gara-gara Kenyataan PMX Isu Israel, Ahli Kongres AS Desak Gantung Bantuan Ketenteraan Ke Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasmi beliau, PMX menyatakan rasa kagum dan menghargai keringat serta pengorbanan yang dicurahkan oleh Kavita dalam memastikan masa depan anak-anaknya terjamin.

Raih Anugerah Khas SWCorp

Disebabkan dedikasi dan ikhtiar luar biasa itu, pengorbanan Kavita turut mendapat pengiktirafan rasmi menerusi Anugerah Khas dalam Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Menerusi hantaran yang sama, PMX turut menitipkan doa serta ucapan penghargaan khas bukan sahaja buat Kavita, malah untuk seluruh warga pekerja pembersihan di Malaysia yang banyak berjasa menjaga keindahan negara.

“Semoga saudari Kavita dan seluruh warga pekerja pembersihan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan penghormatan yang selayaknya.

Terima kasih atas segala bakti dan keringat dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan kita semua,” tulis kenyataan itu.

Kisah pengorbanan Kavita ini menjadi bukti jelas bahawa status pekerjaan bukanlah penghalang untuk seseorang itu berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.