in

Cucu Kongsi Puluhan Diari Pusaka Arwah Nenek Usia 100 Tahun, Simpan Kisah Perang & Cita-Cita

Syaz Ft 88

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian Allahyarham Yah Binti Yatim pada 16 November 2026 ketika berusia 100 tahun meninggalkan satu ‘harta’ penuh makna buat keluarga, khususnya apabila arwah mewariskan puluhan buku diari tulisan tangan kepada cucu bongsunya.

Menerusi perkongsian di Threads serta perbualan bersama cucunya, Khadijah Sabiqah, arwah neneknya dahulu merupakan pelajar cemerlang (best student) pada zamannya.


Artikel berkaitan: “Hasmah telah pergi lebih sebulan” – Luahan Tun Mahathir Undang Sebak Ramai

Artikel berkaitan: “I wish you strength”  – Mesej Menyentuh Hati Mastura Yazid Kepada Hannah Yeoh Buat Netizen Sebak

Menurut Khadijah, arwah sebenarnya menyimpan impian untuk bergelar pensyarah, namun terpaksa akur apabila dipaksa berkahwin awal.

 

View on Threads

 

“Nenek saya dahulu best student di zamannya, cita-cita dia nak jadi pensyarah tapi dipaksa berkahwin awal. Bila cita-citanya kian pudar, dia menulis kisahnya di dalam diari tersebut tentang sedih, kecewa, bangga semuanya diceritakan,” katanya.

Bercakap kepada Lobak Merah, selain mencatat kisah hidup termasuk zaman peperangan, arwah juga difahamkan pernah bergiat sebagai wedding planner dan jurusolek (MUA) pada zamannya.

Menariknya, amanah menyimpan diari-diari berharga itu diserahkan kepada adik bongsu Khadijah yang merupakan cucu bongsu arwah.

“Adik saya ini high functioning, adik saya yang banyak masuk debat dan banyak masuk program besar. Adik saya juga pandai melukis, dia antara pemenang lukisan mental bawah KKM.

Mungkin disebabkan itu dia wariskan kepada adik untuk menceritakan atau untuk jadi panduan melukis,” jelasnya.

Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai kerana bukan sekadar mengabadikan kenangan silam seorang warga emas berusia seabad, malah menjadi jambatan cerita dan inspirasi buat generasi pewarisnya.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.