in

“Besar jasa arwah” – 8 Hari di Wad, Jururawat Frontliner HUSM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Ft Nurse

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gugurnya seorang insan yang banyak berjasa. Seorang jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dilaporkan meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat Covid-19. Menurut Harian Metro, kematian arwah yang juga ketua jururawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pembedahan HUSM itu menjadikannya korban keenam akibat Covid-19 di Kelantan.


Arwah berusia 52 tahun itu dimasukkan ke hospital sejak 7 Disember lepas sebelum disahkan positif. Kata keluarga, arwah disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ).

“Arwah mempunyai dua orang anak dimasukkan ke hospital sejak 7 Disember lalu sebelum disahkan positif Covid-19. Arwah adalah seorang ketua jururawat di Unit Rawatan Rapi Pembedahan HUSM. Kami sekeluarga reda dengan kematiannya.”

“Suami dan anak-anak arwah juga masih dikuarantin.”

Nurse1

Menurut Malaysiakini, sumber memberitahu bahawa arwah didapati positif semasa melakukan kerja-kerja mengesn kontak rapat kluster Hilir. Arwah juga merupakan antara kakitangan terawal dikuarantin apabila wabak itu mula menular di hospital namun pada ujian saringan kali ketiga, arwah disahkan positif.

Jenazah Allahyarham dilaporkan telah selamat dikebumikan jam 11 pagi hari ini. Kira-kira 20 orang hadir di tanah perkuburan termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri serta beberapa ahli keluarga.

Nurse2

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata perkara tersebut masih dalam siasatan pihaknya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

Baca: Kematian Pertama Pekerja Top Glove, Pengawal Keselamatan Dilaporkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Ft Topglove

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.