in

Kematian Pertama Pekerja Top Glove, Pengawal Keselamatan Dilaporkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Ft Topglove

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat Top Glove mengesahkan seorang pekerjanya meninggal dunia akibat Covid-19, sekaligus menjadikan ia kematian pertama dilaporkan membabitkan mereka setakat ini.


Menurut FMT, pekerja yang meninggal dunia itu dikenal pasti sebagai Yamnarayan Chaudhary, seorang pengawal keselamatan warga Nepal. Mangsa yang disahkan meninggal dunia pada Sabtu lepas di Hospital Sungai Buloh itu telah bekerja di kilang Top Glove F13 di Meru, Klang sejak 2 tahun lalu.

Top Glove bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang tersayang si mati dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk urusan pengebumian Encik Tharu,”

kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada pihak FMT.

Top1

Selain itu, pampasan akan diberi kepada keluarga terdekat bagi meringankan beban kewangan mereka.”

Top Glove berkata ia adalah kematian pertama disebabkan Covid-19 dalam kalangan pekerja mereka dan perkara itu telah pun dilaporkan kepada Jabatan Sumber Manusia.

Minggu lepas, pengerusi Top Glove Lim Wee Chai mendedahkan lebih 5,000 orang pekerja mereka disahkan positif namun telah discaj dan sihat untuk kembali bekerja.

Terdahulu, kerajaan telah mengarahkan Top Glove menutup sementara 28 kilangnya di Meru disebabkan peningkatan jangkitan dalam kalangan pekerja mereka.

Top2

Bagaimanapun, terdapat pendedahan di mana beberapa kilang tidak ditutup dan masih beroperasi dengan kapasiti yang lebih rendah.

Setakat ini, terdapat 5,450 kes berkait kluster Teratai dan kebanyakannya membabitkan pekerja kilang Top Glove di Meru, Klang yang menjadi pusat kluster itu di Selangor.

Baca: “Syarikat ni memang ada rekod bermasalah” – Syed Saddiq ‘Kecam’ Kilang Top Glove Kerana Jadi Punca Kes Covid-19 Meningkat

Collage 40

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.