in

“Badan gatal, sampai berkudis” – Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta Kerana Tersilap Beri Vaksin

Salah Terima Vaksin Saman Kerajaan

Kerajaan berdepan tuntutan saman sebanyak RM20 juta yang telah difailkan oleh seorang pekerja bank di Mahkamah Tinggi baru-baru ini selepas dia mendakwa menerima vaksin berlainan semasa menerima dos kedua pada Ogos tahun lalu.

Selain kerajaan, saman tersebut turut dikemukakan ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan juga Pengarah JKNK.

Tuntutan RM20 juta tersebut melibatkan ganti rugi am sebanyak RM10 juta, ganti rugi khas RM5 juta serta tauladan sebanyak RM5 juta.

1941858

Plaintif yang berusia 28 tahun dan dikenali sebagai Muhamad tersebut diwakili oleh peguam bela, Nor Hayati Mohd Nawi menyedari dirinya menerima vaksin berlainan selepas seminggu mengalami demam, sakit badan, kesukaran bernafas dan gatal-gatal.

Menurut peguam dari Tetuan Nor Hayati & Co tersebut, plaintif telah membuat semakan pada MySejahtera selepas mengalami situasi tersebut dan terkejut setelah mendapati dos kedua yang diberikan kepadanya ialah Pfizer dan bukannya Sinovac.

Solo Viral Vector Vaccine 27

“Masalah ini telah dirujuk kepada pihak berkenaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tetapi hanya diberikan kad pengesahan dan tiada sebarang tindakan dilakukan.”

Lebih teruk, plaintif terpaksa melalui detik-detik sukar apabila badannya mulai gatal dan menyebabkan dia terpaksa menggaru sehingga meninggalkan parut.

Tambah Nor Hayati semasa sidang akhbar berkenaan berkata, perkara tersebut turut mengganggu fokus plaintif semasa bekerja sehingga menyebabkan dia alami tekanan perasaan yang teruk.

Lebih memburukkan keadaan, Muhamad mengalami Somatic Symptom Disorder sehingga memaksanya untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Dia juga perlu mengambil antara dua hingga tiga jenis ubatan setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidup selain perlu bergantung kepada ubat telan dan juga sapuan sehingga sekarang untuk menghilangkan kegatalan.

Menurut Nor Hayati, saman tersebut telah difailkan dua minggu lalu dan mahkamah telah menetapkan tarikh 23 Oktober untuk sebutan kes.

Sumber : Sinar Harian

Baca : Lelaki ‘Kantoi’ Terima 90 Suntikan Vaksin Untuk Jual Status ‘Telah Divaksin’

Lelaki Kantoi Vaksin 90 Kali 1

Sumber: Sinar Harian