in

Bertemakan Survival, Ini 6 Series Yang Wajib Ditonton Oleh Peminat Squid Game

F4 Darwins Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khas untuk peminat Squid Game, kali ini kami nak kongsikan dengan anda enam siri dengan tema survival yang wajib ditonton sebelum berakhirnya tahun ini. Kalau anda boleh habiskan kesemua episod Squid Game tu dalam masa sehari je, boleh la cuba tonton siri drama yang bakal kami senaraikan ini.


#1 Black Mirror 

Untuk yang mahukan sesuatu rancangan yang mind blowing, siri Black Mirror yang mempunyai lima musim ini boleh ditonton di Netflix. Yang paling best, setiap episod drama dari Britain ini tak berkait antara satu sama lain, jadi korang boleh skip mana-mana episod yang dirasakan tak begitu menarik.

Siri ini menceritakan tentang apa yang berlaku jika sesuatu perkara seperti media sosial atau teknologi digunakan secara berlebihan.

#2 Alice in Borderland

Siri dari Jepun ini pula bermula dengan beberapa orang individu yang bersembunyi dalam tandas awam untuk lari daripada polis. Namun, yang mengejutkan, bila mereka keluar je dari toilet tu, seluruh bandar Tokyo itu sunyi tanpa ada seorang manusia pun kecuali mereka.

Rupanya, mereka perlu bermain beberapa jenis game yang agak berbahaya untuk selamatkan diri dari bandar tersebut. Siri ini telah ditayangkan pada akhir tahun lepas dan boleh ditonton di Netflix.

#3 The Society

Bertemakan survival dan misteri, drama bersiri dari Barat ini juga tidak mengecewakan penonton. Ia mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat yang mengikuti lawatan sambil belajar.

The Society

Namun, baru je separuh perjalanan, lawatan tu terpaksa dibatalkan. Apabila mereka balik semula ke rumah masing-masing, mereka pelik sebab keseluruhan bandar tempat tinggal mereka tu kosong dan sunyi tanpa ada sesiapa.

Internet dan panggilan telefon juga tak boleh digunakan, jadi hubungan mereka dengan dunia luar terputus 100 peratus. Nak tahu apa sebenarnya yang berlaku, boleh tonton drama 10 episod ini di Netflix.

#4 Liar Game 

Diadaptasi dari manga pada tahun 2007, siri Jepun ini menceritakan tentang seorang wanita yang menerima sebuah pakej berisi wang tunai dan nota yang menyatakan dia telah menjadi peserta Liar Game.

Liar Game

Jika dia ingin menjadi pemenang game tu, dia harus menipu, memanipulasi orang dan menggunakan helah untuk mengatasi yang lain. Berjayakah dia memenangi hadiah utama? Kena la tengok sebab min tak nak bagi spoiler. 

Kalau tak silap, drama ini juga ada versi Korea tau.

#5 3% 

Siri dari Brazil ini pula mengisahkan sekumpulan individu berusia 20 tahun yang terpaksa bertanding antara satu sama lain untuk keluar dari sebuah tempat miskin yang dikenali sebagai Inland.

3 Percent

Siri ini pula mempunyai 4 musim dengan 33 episod kesemuanya. Kalau korang minat rancangan yang bergenre sains fiksyen dan misteri, jangan lepaskan peluang untuk tengok drama ini.

Boleh tonton dulu trailer series ini.

#6 Darwin’s Game 

Untuk mereka yang gemar menonton anime dengan genre yang hampir sama seperti Squid Game, plot siri ini memang terbaik.

Ia menceritakan tentang seorang pelajar lelaki yang mula bermain sebuah online game namun yang peliknya, lawannya dalam permainan tersebut muncul di dunia nyata.

Dia juga mendapat tahu bahawa dia tak boleh berhenti bermain walau apa pun yang terjadi.

Kesemua siri ini boleh ditonton di Netflix namun pastikan anda tak menontonnya bersama kanak-kanak bawah umur sebab kebanyakannya hanya sesuai untuk mereka yang dah berumur 18 tahun ke atas.

Baca: 7 ‘Fun Facts’ Tentang Siri Squid Game Yang Mungkin Korang Belum Tahu

Similar Siri 1

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.