in

Dah Ready? Squid Game Confirm Muncul Musim Kedua!

Fi Sg Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para peminat Squid Game, siri popular Netflix dari Korea Selatan pastinya tertunggu-tunggu berita kemunculan musim kedua cerita ini selepas berjaya menduduki tangga Top 10 di Netflix sebaik sahaja ditayangkan pada September lalu.


Jadi, penulis serta pengarah siri popular ini, Hwang Dong Hyuk telah mengesahkan bahawa siri Squid Game ini akan kembali dengan musim kedua!

“Banyak tekanan dan permintaan diterima untuk musim kedua siri ini. Jadi, saya tiada pilihan! Apa yang saya boleh katakan ialah memang akan ada musim kedua. Segalanya dah ada dalam fikiran saya dan sedang dalam perancangan buat masa ini. Tetapi, saya rasa masih terlalu awal untuk saya katakan bila dan bagaimana ia akan berlaku.”- Hwang Dong Hyuk 

Pengarah Cerita Buat Squid Game 3

Sebelum ini, sememangnya terdapat banyak ura-ura mengatakan siri ini bakal tayangkan musim kedua. Tetapi, ini merupakan pertama kali berita tentang perancangan untuk musim kedua siri Squid Game yang disahkan oleh pengarahnya sendiri.

Semasa pengumuman ini berlaku, Dong Hyuk sempat juga memberi sedikit teaser bagi musim kedua siri tersebut dengan menjanjikan watak Kihoon akan kembali dan akan melakukan sesuatu untuk dunia.

Tonton video di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut!

So semua fans Squid Game dah ready ke?

Baca: Ambil masa 10 tahun nak buat plot – Pengarah Squid Game Dedah Banyak Kali Kena Reject

Baca Sg 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.