in

“Producer punya” – Ada Yang Transfer Duit Ke Nombor Akaun Bank Dalam Squid Game, Rupanya Memang Ada Pemilik

F3 Absq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral tentang pemilik nombor telefon yang dikatakan telah menerima beribu-ribu panggilan setelah nombor telefonnya muncul pada kad dalam siri Netflix yang sedang hangat iaitu Squid Game.


Kali ini, media melaporkan bahawa pemilik nombor akaun bank juga telah menerima sejumlah wang daripada orang asing dipercayai penonton siri tersebut setelah nombor akaun terbabit muncul di episod terakhir Squid Game setelah permainan itu dimenangi oleh watak utama.

Absq 2

Untuk korang yang belum tahu, pemenang game dalam drama itu telah memenangi wang berjumlah 45.6 juta won dan jumlah itu telah ditunjukkan menerusi akaun banknya.

Dalam babak yang sama, nombor akaun juga ditunjukkan untuk memberitahu penonton bahawa pemenang tu dah jadi kaya. Menurut Mothership Sg, rupa-rupanya, nombor akaun bank tu memang ada pemilik dan pemiliknya tak lain tak bukan ialah salah seorang producer Squid Game itu sendiri!

Memetik laporan daripada Koreaportal, Hwang Dong Hyuk iaitu pengarah siri itu mendedahkan pihak mereka memang dah dapat izin daripada producer tu untuk guna nombor akaun banknya sebelum penggambaran.

Namun, mereka tak sangka la pulak yang ada penonton yang akan pindahkan wang ke akaun tu selepas drama tu tamat.

Walaupun jumlah wang yang diterima tu sikit je iaitu hanya sebanyak 456 won (RM1.61), pihak produksi dah decide untuk tutup je akaun bank tu untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Sumber: Mothership Sg, Koreaportal

Baca: 7 ‘Fun Facts’ Tentang Siri Squid Game Yang Mungkin Korang Belum Tahu

Absq 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.