Korang yang suka tengok K-drama, boleh tak share dengan min, mana satu yang paling best?
Kalau minta peminat-peminat siri dari negara Korea Selatan untuk senaraikan nama-nama favourite drama diorang, lebih dari tiga tu dah pasti! Tak dapat dinafikan pengaruh K-Wave mereka boleh dikatakan semakin meluas sejak awal tahun 2000.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial Twitter tentang satu tweet yang dibuat dengan mengatakan bahawa tajuk-tajuk K-drama dikatakan sedap dan logik seperti Descendants of The Sun, The Heirs dan juga Move to Heaven.
Difahamkan pemilik akaun itu kini telah menukar tetapan profilenya kepada mod private.
Disebabkan tweet tersebut mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain kerana dia mengatakan tajuk cerita tempat kedengaran agak ‘mengarut’ dan tidak sesuai, seorang lagi gadis membuat posting berkaitan dengan tweet itu menerusi akaunnya di @hidayatulnajwa7.
Korang punya double standard… padahal sama je kalau translate dalam bm. Doktor Hantu, Cariku dalam Memorimu, Kita Semua Mati, Ramalan Cinta & Cuaca, Dua Puluh Lima Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Sembilan, Ayahku Pelik, Gadis Gagah Do Bong Soon, Bidadari Angkat Berat.. https://t.co/7lnnanlvEt
— wawa (@hidayatulnajwa7) February 27, 2022
“Padahal sama je kalau translate into BM”
Ujarnya di tweet, dia menegaskan tentang habit sesetengah peminat fanatik K-drama yang hanya akan memandang siri kegemaran mereka sebagai sesuatu yang sempurna dengan memberikan pujian yang melambung.
Tweet itu telah meraih pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata terhibur kerana hasilnya lebih kurang dengan cerita tempatan lepas cuba tukar tajuk-tajuk siri Korea kepada Bahasa Melayu.
Haih, terhibur lah min baca semua yang korang dah translate tu! Tak apa lah, tak kisah K-drama ke drama Melayu ke, yang penting storyline setiap drama tu kena best!
Baca: ‘Crush’ Pertama Fans K-Drama Ini Umum Bakal Berkahwin Setelah Bertahun ‘Menghilang’!



