in

“Bertalu-talu Miss Diva dapat Whatsapp” – Kecoh Isu Pilih Vaksin, Beberapa Hospital ‘Offer’ Pfizer Untuk Ifa Raziah

Ft Ifa Raziah Dapat Offer Pfizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang Ifa Raziah yang dikecam netizen kerana dikatakan membatalkan janji temu vaksin di saat-saat akhir kerana tidak mendapat Pfizer. Berdasarkan sebuah video yang tular, Ifa mempersoalkan mengapa dia diberikan vaksin jenis Sinovac dan bukannya Pfizer.


Bagaimanapun, Ifa telah tampil menafikan video itu dan berkata dia membatalkan janji temu atas sebab kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MITEC.

Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin.”

 

Dapat Whatsapp, beberapa hospital ‘offer’ Pfizer

Terbaru, selebriti itu memaklumkan dia telah menerima banyak mesej melalui aplikasi Whatsapp daripada beberapa hospital dan telah ditawarkan vaksin Covid-19 jenis Pfizer.

Melalui Instagram, Ifa memaklumkan perkara itu dan memberi gambaran dia tidak akan menolak rezeki (Pfizer) yang datang.

Ada beberapa hospital yang offer untuk dapatkan suntikan vaksin Pfizer.”

Rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Cucuk jangan tak cucuk.”

Image From Ios 1

Terdahulu, Ifa berkata dia mahu menukar kepada Pfizer kerana mengalami alahan kepada banyak jenis ubat dan kandungannya. Dia turut berkata dia mahukan Pfizer kerana ia adalah vaksin yang terbaik serta ingin ke luar negara dan mengerjakan ibadah umrah serta haji.

Sebelum ini, hanya Pfizer yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi namun baru-baru ini vaksin jenis Sinovac telah pun diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke negara itu.

Baca: “Tak salah kan? Bukannya aku minta dadah!” – Ifa Raziah Jawab Dakwaan ‘Demand’ Vaksin Pfizer?

Miss Diva Ifa Raziah Tolak Sinovac

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.