in

“Vax ke tak semua dijemput datang” – Lana Nodin Bakal Buka Kedai ‘Bakery’ Tanpa Diskriminasi

Collage 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pelakon berbakat Lana Nodin telah mencetuskan kontroversi selepas dia secara terang-terangan menolak vaksin Covid-19 hingga menjadi bualan hangat netizen.


Lana juga sempat pulang ke negara asal suaminya Mohd Daud Mckinzie beberapa bulan lalu dan membuat perbandingan di antara negara tersebut dan negara Malaysia yang dianggap mendiskriminasikan golongan yang tidak mengambil vaksin Covid-19.

Terbaru menerusi Instagram, Lana mengumumkan yang dia bakal membuka bakeri terbesar terletak di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya.

Jelasnya, bukan sahaja kedainya ini bakal menjual barang-barang bakery malah turut menyediakan pelbagai jenis roti dan pastry yang dibuat dengan air tangannya sendiri.

“Kedai kami tak amalkan diskriminasi”

Sementara itu di ruangan komen, rakan baiknya Rita Rudaini telah bertanyakan sama ada golongan yang tidak mengambil vaksin sepertinya itu boleh atau tidak untuk masuk ke kedainya.

Menjawab persoalan ini, Lana mengatakan yang kedai barunya itu tak mengamalkan diskriminasi dan menjemput semua orang sama ada ambil vaksin atau pun tidak untuk datang ke kedainya.

Screenshot 2022 03 22 At 3.38.29 Pm

Tahniah Lana dapat buka kedai, harapnya perniagaan yang bakal dibuka ni maju jaya.

 

Baca: “Buat masa sekarang aku pilih hujan emas” – Lana Nodin Gembira Duduk AS, Rasa Lebih Bebas Dari M’sia

Lana Nodin Hujan Emas Di Negeri Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.