in

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin Covid-19 Di Seluruh Dunia, Berkuatkuasa 7 Mei

Astrazeneca Tarik Balik Vaksin Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca (AZ) semalam memaklumkan mereka menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph.

Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik ‘kebenaran pemasaran’.


Permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei ini.

Permohonan serupa juga akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang telah meluluskan vaksin itu yang dikenali sebagai Vaxveria, pada bulan depan.

Astrazeneca 290424 1715124816

Artikel berkaitan: KKM Minta AstraZeneca Buat Penjelasan Pasal Kesan Sampingan Vaksin Covid-19

Artikel berkaitan: AstraZeneca Akui Vaksin Mereka Ada Kesan Sampingan, Bakal Berdepan Saman Sehingga £100 Juta

Tarik balik kerana lebihan vaksin yang sudah dikemaskini

Dalam pada itu, AstraZeneca telah memulakan penarikan vaksin Covid-19 di seluruh dunia kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik itu.

Keputusan menarik balik itu dipercayai dibuat selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.

Dalam dokumen undang-undang yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari lalu, ia membuat beberapa pengakuan, antaranya menyatakan bahawa vaksin Covid-19 buatannya boleh menyebabkan TTS atau ‘Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome’ iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.

Astrazeneca Bangunan 222 1536X1022 1

Pengakuan yang dibuat AstraZeneca itu juga secara langsung membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound, dengan 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

Syarikat farmaseutikal ini juga menghadapi saman atas dakwaan vaksin mereka yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh sebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

Dalam pada itu, AstraZeneca juga kini dikatakan sudah beralih ke vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan ubat Covid-19 merosot.

AZ ialah syarikat senarai awam kedua terbesar di UK, dengan modal pasaran melebihi £170 bilion (RM870 bilion)

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.