in

“Bertabahlah yang dah beli tiket flight tu” – UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Sebab Nak Elak Covid-19

Feature 2 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis konvokesyen semestinya menjadi hari yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar universiti selepas berhempas-pulas belajar selama beberapa tahun. Mestilah semua excited nak terima skrol ijazah dan diploma kan. 


Konvo 5

Namun, berikutan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menangguhkan istiadat konvokesyen yang ke-92 di UiTM Shah Alam dan kampus-kampus cawangan yang lain. Kesiannya, mesti ramai yang kecewa kan. 

Menurut Instagram rasmi UiTM, mereka telah mengumumkan notis penangguhan tersebut semalam.

Walaupun ada yang kecewa dengan tindakan itu, ada juga yang bangga dengan langkah pencegahan yang diambil UiTM. Baguslah, mencegah tu kan lebih baik daripada mengubati.

Konvo 1

Konvo 2

Tapi, korang semua jangan risau sebab istiadat ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Jadi, konvo masih ada cuma tarikhnya tidak dapat dipastikan lagi. 

Namun, graduan juga boleh datang ke universiti terbabit untuk mengambil skrol rasmi masing-masing terlebih dahulu. Jadi, korang boleh gunakan skrol untuk memohon pekerjaan. 

Admin doakan agar semua graduan UiTM yang terlibat dipermudahkan urusan.

Baca: [TERKINI] Kementerian Pendidikan Malaysia Arahkan Semua Aktiviti Kokurikulum Dan Sukan Di Sekolah Ditangguhkan

Sekolah

Sumber: Facebook
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.