in

[TERKINI] Kementerian Pendidikan Malaysia Arahkan Semua Aktiviti Kokurikulum Dan Sukan Di Sekolah Ditangguhkan

Combine Baru Sukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari wabak Covid-19 menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit di seluruh negara malah beberapa negeri juga mula mencatatkan jangkitan pertama seperti Pahang, Pulau Pinang dan Sabah. Banyak langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk setiap individu demi mengelak daripada dijangkiti wabak Covid-19 ini.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menggesa agar semua perjumpaan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan terlebih dahulu demi mencegah penularan virus Covid-19.

Dalam posting terbaru Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak KPM telah mengarahkan semua program KPM yang melibatkan perhimpunan rasmi seperti sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 perlu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Media

Semua warga KPM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) pengawalan penularan jangkitan Coronavirus 2019 yang diikeluarkan oleh KKM

Semua warga KPM juga dinasihatkan agar menangguhkan terlebih dahulu perjalanan ke luar negara terutamanya bagi tempat-tempat yang telah dijangkiti wabak Covid-19.

Cara ini merupakan inisiatif daripada pihak KPM dan akan bekerjasama dengan pihak KKM untuk menangani gejala ini.

Baca : [TERKINI] Malaysia Rekod Pesakit Covid-19 Pertama Tanpa Sebarang Kontak Daripada Orang & Travel Ke Tempat Yang Dijangkiti

Co

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.