in

“Bersyukur kerana tidak dikenakan hukuman penjara” – Disaman 100K, Penyebar Filem Munafik 2 Mohon Maaf

Munafik Syamsul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, kecoh di media sosial apabila seorang individu yang dikenali sebagai Sasuke Kun atau nama sebenarnya Izwan Shah telah menerima pertuduhan dari mahkamah atas kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 tanpa keizinan penerbit.


Syamsul Yusof melalui posting di Facebook hari ini memberitahu bahawa mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM100,000 kepada pesalah terbabit.

Sedih dan mungkin tertekan dengan hukuman denda yang diterima, pelaku terbabit telah memuat naik posting maaf yang kemudian disiarkan grup Facebook Movie Addict tanda kesal dengan apa yang berlaku. Sudah terlewat bro…

 

“Saya amat menyesal dengan kesalahan yang telah saya lakukan… membayar RM100,000 sebagai gantirugi betul-betul buat saya tersentak” 

1
sumber: facebook

 

“RM100,000 teramatlah besar bagi orang biasa macam saya, mustahil untuk saya dapatkan jumlah tersebut walaupun saya hidup 100 tahun” 

2 1
sumber: facebook

 

“Sebabnya telah menjadi hobi saya untuk share sesuatu… dan rupanya hobi saya ni telah memudaratkan diri saya sendiri” 

3 1
sumber: facebook

 

“Mak, ayah… Iwan minta maaf sebab banyak menyusahkan mak ayah…. Iwan janji takkan ulangi lagi perbuatan ini” 

4
sumber: facebook

Apa-apapun didoakan semoga saudara Izwan ini tabah dalam hadapi dugaan. Kalau dah tahu salah, janganlah melawan. Padam atau jangan share perkara yang memang kita dah terang-terang tahu salah di sisi undang-undang. 

Baca: “Saya dah warning..Tapi degil” – Penyebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda Sebanyak RM 100K

Syamsuly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.