in

“Saya dah warning..Tapi degil” – Penyebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda Sebanyak RM 100K

Syamsuly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pelakon dan pengarah filem Munafik 2 Syamsul Yusof ada beri amaran kepada penyebar filem tersebut untuk hentikan berkongsi di media sosial.


Namun, ada tukang sebar filem Munafik 2 enggan melakukan, malah siap ada yang mencabar Syamsul untuk menyamannya.

Akhirnya lelaki tersebut, telah didakwa. Hari ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman pada pesalah untuk membayar RM 100,000!

 

“Saya dah warning, tapi degil”

 

View this post on Instagram

 

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie “Taiping, 13 November – Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Bahkan, menurut Syamsul kemungkinan akan ada lagi yang bakal dihadapkan ke Mahkamah kerana melakukan kesalahan yang sama.

“Saya dah warning sebelum ni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pada pesalah untuk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions.
.
Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social.”

Tambah Syamsul, selain didenda sebanyak RM 100,000  ada beberapa perkara yang pesalah harus ikuti seperti dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem, memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. Jika melanggar akan ditangkap

Selain itu, Syamsul juga menggesa pihak-pihak berkuasa untuk lebih tegas dalam menangani ‘masalah cetak rompak filem yang tidak berpenghujung.

“WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YANG LEBIH KETAT.”

Atas kejayaan Syamsul Yusof beri pengajaran kepada penyebar filem Munafik 2, rata-rata peminat menyokong dengan tindakan yang dilakukan.

Sokongan peminat

Munafik2 Munafik3 Munafik4 Munafik5 Munfik2

Ehem! Yang sokong ni tengok filem Munafik 2 dari mana eh? Tanya je..

 

Baca  : “Syamsul suruh padam tapi kau ego nak cabar dia” – Lelaki Disaman Gara-Gara Muat Naik Link Download Munafik 2

Saman Jer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.