in

“Berpuluh kereta polis datang” – Netizen Kecoh Jalan Bangsar Ditutup, Polis Didakwa Sedang Siasat Kes Bunuh

Kes Bunuh Bangsar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial awal pagi ini apabila dimaklumkan bahawa laluan di Jalan Bangsar menghala ke Abdullah Hukum telah ditutup susulan penemuan mayat satu individu, lapor Kosmo


Menerusi perkongsian netizen di Facebook, kelihatan beberapa kenderaan polis berada di tempat kejadian dan pihak polis kini katanya sedang dalam proses menunggu pihak forensik sampai ke lokasi.

19Nov2020/KL0809hrs – (Info Traffic) Penutupan jalan di Jalan Bangsar dari arah KL Sentral menghala ke Abdullah Hukum….

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, November 18, 2020

Net

Laluan dari arah KL Sentral itu juga katanya ditutup bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Dalam pada itu,  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid telah mengesahkan kejadian tersebut dan pihak forensik katanya sedang menjalankan siasatan membabitkan satu kes bunuh.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya.

Orang awam yang berada di tempat kejadian sempat berkongsi rakaman video yang menunjukkan beberapa kenderaan polis berkawal di kawasan kejadian.

Siapa tahu kes apa pagi di bangsar, menghala ke NPE pantai dalam..nampak tadi mcm ada orang mati..tapi berpuluh kereta polis dtg, siap tutup jalan?

Posted by NHM Grocer on Wednesday, November 18, 2020

 

Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja kerana penutupan jalan ini, anda dinasihatkan mengambil jalan alternatif iaitu Jalan Tun Sambanthan ke Jalan Syed Putra untuk ke Lebuhraya NPE dari Lebuhraya Persekutuan.

Uish kes bunuh apa agaknya tu eh? Suspen… 

Baca: [Video] Tengah Asyik Promot Baju Bundle Dekat ‘Live’, Sekali Polis Datang Semua Mencicit Lari

Ft Baju Final

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.