in

[Video] Tengah Asyik Promot Baju Bundle Dekat ‘Live’, Sekali Polis Datang Semua Mencicit Lari

Ft Baju Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila musim PKP ini, semakin rancak dilihat anak-anak muda berminat untuk berniaga pelbagai jenis barangan untuk menambah pendapatan keluarga.


Malahan, ada juga yang sempat untuk mempromosikan barang jualan mereka di platform media sosial untuk melebarkan lagi produk dan melariskan jualan.

Namun, berniaga-berniaga juga, jangan pula sampai kita melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya tidak mahu ‘terbang’ RM1,000 saman.

Kalau kena saman, rugi pulak berniaga tu kan. 

Seperti rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini, sekumpulan pemuda ini juga tidak terkecuali untuk menjalankan urusan business menjual pakaian bundle. 

 

‘Syok’ promosi baju bundle dalam live FB, polis pula datang

Untuk melariskan lagi jualan mereka, salah seorang daripada mereka dilihat tengah ‘asyik’ mempromosikan pakaian bundle yang dijual menerusi live Facebook.

Namun, belum sempat dia menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kondisi baju yang dijual kepada ‘viewers’, seorang lagi rakannya memberitahu ternampak kelibat polis yang meronda di kawasan tersebut.

Promot 1

 

Tangkas angkat kain baju

Hal ini menyebabkan mereka semua menjadi kalut sambil tangkas mengangkat baju-baju bundle yang digantung sebelum melarikan diri.

Laju Angkat 1

Laju Angkat

 

Takut langgar SOP

Menurut salah seorang pemuda ini, mereka tidak menyangka bahawa video yang dimuat naik di laman Facebook melalui akaun @Mrpalek Pangeran itu berjaya tular di media sosial.

Tambahnya lagi, mereka melarikan diri bukan disebabkan menjalankan kegiatan menjual pakaian bundle secara haram, tetapi takut sekiranya melanggar SOP apabila berkumpul beramai-ramai tanpa memakai face mask.

Fb Bundle

 

Gelagat lucu pemuda-pemuda ini berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa lucu dengan tindakan mereka yang menggelabah apabila ternampak polis sampai tidak menyempat menamatkan live FB.

Ada juga netizen yang kagum dan berseloroh dengan ‘bakat’ dan ketangkasan mereka mengangkat kain baju yang disidai yang mengalahkan orang perempuan, siap berkain pelikat lagi.

 

“Bukan main berkain pelikat tu!” – Netizen

Twit Komen 1

Twit Komen 2

Twit Komen 3

Twit Komen 4

Aduh, dah macam jutsu Naruto lajunya. 

Baca: [Video] Adik Kecil Ni Tarik Perhatian Ramai Buat TikTok Jual Baju Bundle Baca Bundle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.