in

“Berlaku pertengkaran” – Baru Kahwin 2 Bulan, Suami Bakar Isteri Hidup-Hidup

Isteri Kena Bakar Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita memang dah tak asing lagi dengan berita-berita kekejaman dalam rumah tangga yang berakhir dengan tragedi mengerikan.


Baru-baru ini telah berlaku kejadian sorang suami yang membakar isterinya hidup-hidup di Jawa Timur, Indonesia. Kejadian itu dikatakan berlaku di rumah tumpangan mereka.

Menurut Sinar Harian, penyelia rumah tersebut, Heri Suhandoyo, 46, berkata pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Putri, 25, dan Purwanto, 45.

Heri turut berkata dia tidak tahu dengan tepat bagaimana Purwanto membakar isterinya, namun mengakui pasangan itu mengalami krisis rumah tangga.

Tambahnya lagi, pasangan itu sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa hari lalu, tetapi mangsa kembali ke rumah tumpangan dari rumah keluarganya bersama ibunya.

“Mereka baru berkahwin kira-kira dua bulan lalu. Namun pertengkaran teruk pagi ini.

“Selepas lima minit mendengar mereka bergaduh, saya mendengar Putri berteriak akibat panas dan tubuhnya terbakar,” katanya.

”Mangsa mengalami cedera parah”

Katanya lagi, mangsa mengalami kecederaan parah dan segera dibawa ke hospital berdekatan.

Suami Bakar Isteri
Sumber: sinar harian

Suspek utama kejadian tersebut telah dikata melarikan diri dengan menggunakan motosikal selepas membakar mangsa secara hidup-hidup.

Polis 1 1
Sumber: sinar harian

Sementara itu, Ketua Polis Surabaya, Widiyantoro berkata, pihaknya masih menyiasat motif Purwanto membakar isterinya.

“Kami telah melihat tempat kejadian jenayah, namun motif masih dalam siasatan.

“Kami juga sedang memburu pelaku,” katanya.

Macam-macam lah orang sekarang ni. Gaduh sikit je sampai nak berbunuhan.

 

Baca: Gempar! Polis Jumpa Mayat Mati Dibunuh Kerat 8, Sisa Badan Dilempar Kat Kawasan Semak

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.