in

Gempar! Polis Jumpa Mayat Mati Dibunuh Kerat 8, Sisa Badan Dilempar Kat Kawasan Semak

Kerat 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa nak jadi dengan dunia sekarang? Mayat individu yang dipercayai mangsa bunuh telah ditemui dikerat sekurang-kurangnya 8 bahagian kat Kampung Kadang, Krubong, Melaka jam 4 petang semalam.


Menurut Harian Metro, mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan berserakan di kawasan semak. 

Bunuh 1
sumber: harian metro

Ketua Polis Daerah Melaka, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihak polis terima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut daripada orang awam sekitar jam 4.30 petang.

 

“8 bahagian badan dicampak ke kawasan semak sejak 5 hari lepas” 

Pihak polis berkata, sepasukan pegawai forensik yang tiba di tempat kejadian kemudian menemukan beberapa bahagian anggota badan manusia dikerat pada beberapa bahagian.

“Siasatan awal menemui bahagian tubuh manusia di kawasan semak berhampiran jalan utama dan mangsa disyaki dibunuh di tempat lain.

“Sekurang-kurangnya lapan bahagian badannya dicampakkan ke kawasan semak berkenaan sejak kira-kira lima hari lalu,” kata polis. Erk! 

72115576 228779468095402 11175466249486336 N

72801894 228779404762075 2165179385705922560 N
sumber: facebook

Sehingga kini polis masih menyiasat jantina mangsa termasuk identiti yang hanya akan diketahui lepas proses bedah siasat.

Dalam pada itu, polis akan putuskan sama ada tubuh badan yang djumpai itu sebenarnya lebih daripada satu mangsa atau tidak lepas proses bedah siasat dijalankan.

Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Aduh makin ngeri dunia sekarang ni ye! 

Baca: Polis Cari Lelaki Didakwa Terlibat Dalam Pembunuhan, Rompakan & Penderaan Seksual Terhadap Nenek 85 Tahun Di Ampang

Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.