in

Berjaya Pecah Rekod 10 Tahun Sekolah, Anak Petani Peroleh 4.0 Dalam Peperiksaan STPM!

Waklaks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lalu, pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan STPM telah mendapat keputusan masing-masing setelah berusaha keras sekian lama. Keputusan yang cemerlang tidak datang bergolek. Banyak usaha dan ikhtiar dilakukan demi mengejar impian mendapatkan keputusan yang boleh dibanggakan keluarga dan diri sendiri.


Menurut Sinar Harian, seorang remaja dikenali sebagai Raja Nur Fatihah Raja Asari yang berasal dari Setiu bukan sahaja telah berjaya mendapatkan keputusan yang sangat cemerlang bahkan memecahkan rekod sekolahnya yang belum pernah menerima kejayaan sebegitu sejak 10 tahun yang lalu.

K1 1
sumber: blog
K2 1
sumber: blog

Berusia 20 tahun, Fatihah yang merupakan anak petani telah memperoleh gred PNGK 4.00 dalam keputusan STPM tersebut sekaligus dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana.

Fatihah memaklumkan bahawa dia sukakan suasana sunyi dan akan bangun pada jam 4 pagi untuk mengulang kaji pelajaran. Tidak aktif di media sosial, Fatihah mengakui bahawa itu adalah salah satu rahsia kejayaan yang diperolehi.

K3
sumber: blog
K5
sumber: blog

“Belajar di Tingkatan 6 ni memerlukan pelajar banyak penghafalan. Jadi selain bangun solat tahajud, saya sukakan suasana pagi yang hening untuk menghafal. Lagipun saya tak suka belajar dalam suasana bising.”

“Saya tak ada akaun Facebook, tak ada Twitter, malah tak aktif pun di media sosial. Ini memberi ruang untuk saya terus belajar kerana saya banyak masa menelaah buku.”

K4
sumber: blog

Selain itu, Fatihah juga mengambil pendekatan untuk istiqomah dan menghormati para guru yang mengajarnya. Minat subjek Geografi, Fatihah memasang impian untuk memasuki UM atau USM dalam bidang pengajian Geologi. Apabila ditanya apakah cita-citanya, gadis ini memberitahu bahawa dia mungkin ingin menjadi seorang guru.

Wah, dahsyat ni sampai boleh pecah rekod! Sempena Hari Wanita Sedunia, Fatihah memang wajar dijadikan inspirasi kepada ramai wanita terutamanya pelajar-pelajar zaman sekarang ni.

Baca: 10 Wanita ‘Pertama’ di Malaysia Yang Hebat Mencipta Nama

Hebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.