in

10 Wanita ‘Pertama’ di Malaysia Yang Hebat Mencipta Nama

Page Wanita Hebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita merupakan insan hebat yang dicipta Tuhan, kental dalam menghadapi segala cabaran dan mampu untuk berdiri sama tinggi dengan lelaki.


Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan 10 wanita ini yang berjaya menjadi wanita ‘pertama’ di Malaysia dalam bidang yang diceburi.

 

1. Wanita pertama diberi anugerah George Medal

Sybil Kathigasu merupakan pejuang rintangan Perang Dunia ke-2 dan merupakan seorang jururawat. Beliau adalah wanita Malaysia pertama yang diberikan anugerah George Medal. Semasa pendudukan Jepun, beliau dan suami telah mengendalikan hospital underground di rumah sendiri di Perak dan menyembunyikan radio untuk memberikan maklumat kepada rakan pejuang yang lain.

Captureg
sumber: nst

 

2. Wanita pertama menjadi doktor

Tan Sri Dr. Salma Ismail merupakan doktor wanita pertama di Malaysia. Beliau merupakan pelajar yang bijak dan lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlangnya dan menjadi doktor pada tahun 1949. Beliau juga merupakan penerima anugerah Tokoh Melayu Wanita Terbilang pada 11 Mei 2014.

Dktor
sumber: the star

 

3. Wanita pertama di Menteri Kabinet Malaysia

Tun Tan Sri (Dr.) Hajah Fatimah Hashim merupakan Menteri Kebajikan Am Malaysia pada tahun 1969 hingga 1973 dan adalah wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia. Beliau mempunyai ijazah Kehormat Doktor Pendidikan dan Undang-undang. Beliau juga aktif dalam pergerakan sosial terutamanya dalam pertubuhan wanita.

Image 13 2 1
sumber: merdeka award

 

4. Polis Wanita Pertama 

Ketika berusia 22 tahun, Sariah Ali adalah seorang daripada 54 orang yang lulus untuk pengambilan pertama Pasukan Polis Konstabel Wanita yang dibuat setahun sebelum negara mencapai kemerdekaan. Kesusahan hidup pada zaman pemerintahan Jepun merupakan antara dorongan beliau untuk berkhidmat untuk negara.

Polis
sumber: mstar

 

5. Duta wanita pertama

Tan Sri Dato’ Lim Phaik Gan atau dikenali sebagai PG Lim merupakan duta wanita pertama di Malaysia yang mendapat  pengajian dalam Ijazah Sarjana Undang-undang dari Girton College, London. Beliau telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan merupakan duta kepada Yugoslavia, Austria dan Komuniti Ekonomi Eropah.

Pg Lim
sumber: merdeka award

 

6. Ketua Polis Negeri Wanita Pertama

Dato’ Robiah Abdul Ghani merupakan Ketua Polis Negeri Wanita pertama yang telah dilantik pada tahun 2008. Memegang jawatan sebagai Ketua Polis Pahang, Dato’ Robiah telah menyertai PDRM pada tahun 1971. Selain itu, wanita hebat ini pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai pegawai penyiasat di IPK Perak dan pegawai platun komander wanita di Ulu Kinta, Perak.

Polis2
sumber: mstar

 

7. Juruterbang pesawat pejuang wanita pertama

Lt. Kol. Emilia Kamaruddin bukan sahaja merupakan juruterbang pesawat pejuang wanita pertama, malah merupakan wanita pertama dalam ATM menjadi jurulatih penerbangan. Beliau mahir dalam mengendalikan jet-set pejuang seperti Skyhawk, Hawk, Pilatus PC-7, Aermacchi MB339 dan Aerotiga MD3.

Pilot
sumber: utusan

 

8. Wanita pertama Malaysia yang melancarkan satelit NASA

Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim merupakan rakyat Malaysia pertama yang melancarkan satelit pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas. Beliau yang mesra dipanggil Dr. Amani berkata pengalaman bekerja di NASA bukan sesuatu yang mudah malah memerlukan disiplin, fokus, keyakinan dan kekuatan dalaman yang tinggi.

Dr Amani
sumber: twitter

 

9. Pegawai memerintah kapal wanita pertama

Lt. Maritim Aida Arzahari mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Pegawai Memerintah Kapal wanita pertama di Malaysia. Anak sulung dari tiga beradik ini dilantik sebagai Pegawai Memerintah KM Nyalau yang berpangkalan di Lumut, Perak. Mengikut jejak langkah arwah bapa, kejayaannya itu banyak didorong oleh ibunya.

Pertama
sumber: twitter

 

10. Wanita pertama sebagai jurukimpal dalam air

Nurizzati Athira Mohamad Yusoff baru sahaja berusia 21 tahun dan menceburi bidang kimpalan dalam air yang didominasi oleh kaum lelaki. Beliau diiktiraf sebagai jurukimpal dalam air di bawah bimbingan syarikat Weldzone Training Centre Sdn Bhd. Beliau mengaku memilih bidang ini kerana minat walaupun terpaksa berusaha lebih dan sering diperkecilkan rakan pengajian.

Jurukimpal
sumber: sinar harian

Wanita-wanita ini memang hebat-hebat belaka kerana telah mencipta sejarah dalam bidang yang mereka ceburi. Walaupun ada antara mereka yang sudah meninggal dunia, namun, sumbangan mereka kepada negara tidak akan pernah dilupakan.

Mereka sememangnya inspirasi buat wanita di luar sana.

Baca: 8 Atlet Wanita Malaysia Yang Cantik dan Popular di Instagram

Atlet Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.