in

Berita Baik! Diskaun 70 Peratus Untuk Saman JPJ & SPAD Sepanjang Bulan Ogos

Gambar Hiasan 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk ‘pengumpul’ saman diluar sana. Bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos ini ada diskaun sebanyak 70 peratus bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Menurut Berita Harian, tawaran itu diberikan sempena bulan kemerdekaan negara kita.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberi tahu diskaun itu adalah bagi saman yang dikeluarkan atas kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

598177

Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta yang tersebut,” 

Menurut beliau lagi, pengurangan saman itu dilaksanakan di semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta boleh dibayar melalui saluran pembayaran lain JPJ seperti portal mySIKAP JPJ, kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Katanya, bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dilakukan.

Baca: Tiada Tindakan Akan Diambil Jika Lesen & Road Tax Tamat Tempoh Masa PKP – JPJ

Capture 3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.