“Berharap saya tidak pernah dilahirkan” – Nota Akhir Anak 10 Tahun Gantung Diri Sebagai ‘Hadiah Gembira’ Buat Ibunya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Biarpun umurnya yang dikatakan masih ‘mentah’, kanak-kanak juga ada hati dan perasaan. Rasanya umur 10 tahun dah cukup untuk membuat diri mereka boleh berfikir dengan waras.

Bagaimanapun, di tahap umur sebegini, ada segelintir aspek yang mereka masih tak faham tentang sebarang kemungkinan atas perlakuan mereka.

Amat menyayat hati apabila kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ini ditemui mati bersama  sekeping nota  untuk membuatkan ibunya sebagai ‘wanita paling gembira di dunia’.

 

Gantung diri sebagai hadiah ‘kegembiraan’ buat ibunya

Pasukan kecemasan menerima panggilan mendakwa seorang budak perempuan menggantung dirinya pada pukul 10.18 malam 6 Januari lalu.

Lapor Mirror Online, kejadian itu berlaku ketika berlangsungnya ‘el Dia de Reyes,’ atau Three Kings Day satu festival dimana semua orang harus berikan hadiah antara satu sama lain.

Menerusi nota ringkas tersebut, budak perempuan ini bunuh dirinya sebagai hadiah untuk berikan kegembiraan pada ibunya.

 

Punca gantung diri

Pihak berkuasa di Aguascalientes, Mexico telah mengesahkan bahawa kematiannya disebabkan menggantung diri.

Difahamkan punca akibat dia menyalahkan dirinya sendiri kerana bapanya meninggalkan dua beranak itu, bahkan dia juga merasakan dirinya itu hanya menyakitkan dan memusnahkan kehidupan ibunya.

Ini berikutan kata-kata ibunya yang selalu mengharapkan dia tidak pernah dilahirkan di dunia ini.

 

Nota menyayat hati ketika ditemui gantung diri

“Dear Three Kings, saya hanya ingin mohon kepada anda untuk buatkan ibu saya menjadi wanita paling gembira di dunia selepas saya tidak akan berada di sini lagi kerana saya ini menyakitkan dan hanya membawa kehancuran dalam hidupnya sejak saya dilahirkan, kerana saya ayah meninggalkan rumah kami. ”

“Saya mahu meminta ibu saya menjadi tenang, tidak banyak bekerja, hadiah terbaik yang boleh saya mahukan adalah kebahagiaannya.

“Saya harap suatu hari ibu mengingati saya dan di langit dan akhirnya peluk saya”

“Saya rasa hadiah terbaik untuk Three Kings adalah jika saya membunuh diri saya.”

“Seperti yang selalu ibu katakan kepada saya, ibu harap saya tidak pernah dilahirkan.”

“Saya sangat sayangkan anda, ibu, saya tahu Three Kings tidak wujud tetapi saya nak berikan ibu hadiah hebat ini.”

Di Spain dan Mexico, festival Three Kings ini diraikan pada setiap 6 Januari untuk menghormati 3 orang pemuda bijak.

Ia juga sempena penutup hari natal dan pada  hari tersebut orang-orang Mexico akan bertukar-tukar hadiah

Pihak berkuasa kini sedang melakukan penyiasatan ke atas kematian anaknya dan sumber menyatakan bahawa pihak polis sedang mencari ibunya yang kini menghilangkan diri.
Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.