in

Paranoid Takut ‘Breast Cancer’ Serang Balik, Ibu Mati Gantung Diri Dalam Bilik Anak Padahal….

gantungdiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan paranoid kanser datang serang balik, ibu ni bertindak melulu gantung diri dalam wardrobe anak dia.

Wanita tersebut Dawn Cheethan, 43 sebelum ini pernah menghidap barah payudara tahap 3 pada tahun 2015 tapi kini dah pulih. Difahamkan dia melakukan perkara sedemikian disebabkan petanda-petanda kanser tu datang balik.


 

Lepas pos mortem, tak ada sebarang pentunjuk kanser

Dia ditemui mati oleh pasangannya Jonathan Mellor di rumahnya di Manchster pada Julai lalu.  Mereka berdua ada bertelagah malam sebelum tu dia mana Jonathan keluar lepak dengan kawan-kawannya, sepatutnya malam tu mereka berdua ada date.

Tapi, sumber menjelaskan bahawa lepas pemeriksaan pos mortem dibuat, tak ada sebarang petanda sel kanser pun dalam tubuh badan si mangsa ni.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2010, tinggal bersama selama 17 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan yang kini dah berumur 8 tahun.

 

Kronologi cerita 

“Kami tidak pernah bergaduh tetapi pada malam itu saya ingin keluar dengan kawan kerana saya kerana malam itu saya agak tertekan”

“Saya pergi minum  dan dia menelefon orang tua saya dan ayah saya datang cari saya , saya pulang ke rumah dan kami bertengkar. Saya hanya nak menenangkan diri saya.”

“Saya pulang ke rumah selepas pesanan terakhir sekitar 12 pagi. Saya cuba masuk ke dalam rumah tetapi tak boleh kerana dia telah meninggalkan kunci di pintu depan.”

“Saya fikirkan ianya sebagai denda, jadi saya baru tidur sebentar di dalam kereta – bila bangun kira-kira pukul 5 pagi, saya kembali ke rumah dan mengetuk pintu, tak ada orang jawab.”

“Saya cuba menelefonnya, tidak ada jawapan. Jadi, saya pergi rumah ibu bapa saya – saya tak fikir apa-apa pada masa tu – saya anggap dia degil.”

“Tetapi ibu saya dapat rasakan ada yang tak kena. Bila kami ke rumah, kami mengetuk pintu lagi tetap tak ada orang jawab.”

“Jadi saya tendang pintu dan naik ke atas dan saya masuk ke bilik gadis kecil saya dan saya jumpa dia. Apabila mereka melakukan bedah siasat, dia tidak mempunyai kanser dalam tubuhnya. “

Pada malam mereka bergaduh tu  Dawn ada hubungi kakaknya dan bercerita mengenai masalah pada petanda kanser dan pergaduhan mereka.

Kakanya Amanda ingin melawatnya tapi tak dibenarkan. Menurut firasat kakaknya, pergaduhan itu adalah penyebab utama Dawn ni nak bunuh diri.

Tambahnya lagi, mungkin semua masalah dalam otaknya bercampur aduk. Hmm mungkin juga lah sebab dia ni jenis kurang tidur kerja kuat, emosi pun tak stabil.

 

Baca : Lelaki Gantung Diri di Loteng Rumah Kerana Tak Dapat Penuhi Permintaan 3 Isteri

page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.