in

Bergaduh Sebab Handphone…

Bell

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Bergaduh Sebab Handphone...
Loading
/

Sekolah tempatnya untuk belajar, tapi ada je pelajar yang pergi sekolah nak bergaduh. Macam-macamlah korang ni…


Menurut Harian Metro, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah oleh seorang pelajar lain dipercayai kerana salah faham pasal telefon bimbit. Kejadian tersebut berlaku di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lalu.

Bel6
sumber: youtube

“Sehingga hari ini, saya belum boleh melihat rakaman video anak perempuan saya dibelasah, hanya dimaklumkan oleh anak.

“Ketika kejadian anak saya dipanggil dua pelajar perempuan dikenalinya. Setibanya di luar kawasan sekolah itu, dia dibelasah salah seorang pelajar terbabit,” kata Ramar Krishnan, 59, bapa kepada remaja perempuan berusia 15 tahun tu.

Ramar menjelaskan, masalah dah pun diselesaikan tapi pelajar perempuan berusia 16 tahun yang memukul anaknya tu still tak puas hati.

“Tetapi pelajar perempuan yang membelasah anak saya tidak puas hati lalu memukul, menampar, menendang malah rambut anak saya ditarik lalu diheret.”
Menurutnya lagi, isterinya cuba berbincang dengan keluarga pelajar perempuan tu tapi dorang sebaliknya bertindak kasar pulak.

“Saya tidak tahu apa perasaan mereka jika melihat anak kandung diperlakukan sedemikian. Sejak anak saya lahir, sekali pun saya tidak pernah naik tangan… saya amat marah dan kesal serta sedih melihat anak diperlakukan sedemikian seperti dalam rakaman video.”

Mengikut rakaman video yang diperoleh daripada keluarga, rambut mangsa kelihatan ditarik dan diheret ke sebuah tokong berdekatan sebuah sekolah oleh pelajar perempuan. Pelajar tu turut menampar serta menumbuk muka dan kepala mangsa beberapa kali

Ada lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan tu, tapi pelajar perempuan terbabit terus menarik rambut dan memukul mangsa sebelum seorang lagi orang datang membantu meleraikan pergaduhan.

Bel5
sumber: youtube

Ibu mangsa, Zaliha Talib, 45, bercerita yang lepas kejadian tu anak dia pulang ke rumah sambil menangis dengan keadaan baju kotor. Dia memberitahu yang dia dipukul oleh seorang pelajar perempuan, selain mengadu sakit di bahagian kepala, mata dan kesan lebam di muka.

“Saya kemudian membawa anak ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas untuk rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Berikutan itu, Zaliha meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menjalankan siasatan bagi mengelak kejadian sama berulang. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji dah pun mengesahkan yang siasatan sedang dijalankan.

Janganlah cuba tunjuk kuat dengan belasah anak orang, kesian tau tak…

Baca: Lesbian Belasah Kekasih!

Bel1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.