Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kekurangan yang ada tu seeloknya orang sekeliling perlu memberi semangat atau saling melengkapi supaya yang lain tak rasa down.
Body shaming bukanlah suatu hal yang remeh, ianya mungkin boleh menjadi isu yang besar sebab boleh membawa kepada depression kepada seseorang sehinggakan dia boleh melakukan apa sahaja di luar jangkaan.
Viral di Twitter mengenai satu perkongsian daripada seorang wanita yang mengatakan salah satu ahli keluarga melakukan body shaming terhadap dirinya. Hal itu dapat dilihat menerusi satu story reply yang dikongsi mengatakan yang muka rakannya cantik berbanding dirinya yang kelihatan buruk.
“Temannya cantik kok kamu jelek”
Walaupun hanya sekadar ayat yang pendek, tapi wanita ini cukup kecewa dengan apa yang diungkapkan oleh ahli keluarganya sendiri.
Lalu, dia membalas dengan mengatakan ada lagi yang lebih buruk iaitu jari dan hati. Sanggup pula cakap macam tu tanpa fikir perasaan orang lain.
“Jahat banget komen kaya gitu tanpa mikirin perasaan orang”
Dia mengatakan yang dia seorang yang terlalu mudah ambil hati dengan setiap apa yang orang katakan. Walaupun itu ianya hanyalah satu gurauan tapi tak sepatutnya mention hal yang boleh buat orang lain kecil hati.
Apa yang lagi mengecewakan wanita ini ialah keluarganya itu langung tak nak minta maaf dengan perbuatannya itu.
Kalau nak cakap tu pun jangan lah balas benda-benda yang sensitif dengan dia. Body shaming ni bukan benda kecik.