in

Blossom Wong: Bekas Perisik PDRM Ala-ala James Bond

Blossom Wong Gadis Bond Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat di US atau England saja ke ada kisah spy atau perisik terkenal macam James Bond dan Ethan Hunt? Kat Malaysia pun ada tau dan kisah perisik wanita Malaysia ni yang boleh tahan hebat serta setanding luar negara.


Mungkin generasi sekarang tak kenal siapa perisik wanita ni. Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tak lama lagi, kami nak cerita dengan korang tentang heroin negara, Blossom Wong bekas perisik PDRM ala-ala James Bond suatu ketika dulu. 

 

1. Asalnya nak jadi guru atau sekretari tapi… 

552F49F5B75Ec2F1E86D40D2C66Bfda8
sumber: pinterest

Blossom Wong atau nama sebenarnya Wong Kooi Fong yang berkelulusan Senior Cambridge tahun 1950-an pada mulanya tak terfikir pun nak jadi polis. Semasa kecil, Blossom yang tinggal kat Sungai Besi lebih suka bercucuk tanam dan menanam bunga.

Baginya, perempuan pada masa tu hanya target nak jadi sekretari atau cikgu. Tapi beberapa bulan sebelum merdeka, Blossom yang suka tengok anggota polis wanita bergaya dengan uniform mereka join polis dan memulakan kariernya sebagai Special Branch (SB) yang banyak jalankan kerja-kerja undercover. Wow!

 

2. Menyamar untuk dapatkan maklumat komunis

Img 2590
sumber: facebook

Lepas tamat latihan polis selama 6 bulan, Blossom ditugaskan sebagai Inspektor dalam Special Branch dan tugas utamanya adalah lakukan penyamaran bagi dapatkan maklumat tentang pergerakan komunis. Tapi apa yang menariknya tentang Blossom ni, sepanjang dia menyamar tak ada sorang pun yang tahu dia spy PDRM.

Gadis kecil molek ni katanya sering berbaju cheongsam sampaikan polis sendiri pun tak tahu yang Blossom ni spy! Wah kalah gadis Bond ni! 

 

3. Jadi spy tak best seperti yang orang sangkakan

38794510 10156549397783050 2182975458142846976 N
sumber: facebook

Dalam satu interviewnya bersama NST, Blossom akui yang jadi spy ni taklah best macam orang lain sangkakan. Dia yang pada mulanya ingat jadi polis ni akan pakai uniform kemas dan cantik, tak sangka sepanjang jadi Special Branch ni dia langsung tak dapat pakai uniform tersebut.

Malah Blossom juga akui kehidupan sosialnya sangat membosankan. Dia tak boleh bergaul dengan rakan beruniform lain dan kalau dia berjumpa dengan mana-mana polis di tepi jalan, dia terpaksa ignore dorang sebab takut identitinya terbongkar!

 

4. Pernah escort adik Presiden Kennedy

38708115 10156549397533050 8808744475443593216 N
sumber: facebook

Januari 1964 merupakan detik paling bersejarah bagi Blossom bila dia ditugaskan untuk escort adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy dan isterinya Ethel yang datang ke Malaysia. Ke mana saja Robert dan isterinya pergi, Blossom akan ikut.

Selain tu, Blossom jugak pernah escort isteri Presiden Korea Selatan Park Chung-hee, Perdana Menteri Jepun Eisaku Sato serta Gabenor New Zealand.

 

5. Ditukar sebagai pegawai penyiasat kongsi gelap

38709897 10156549398003050 1972701083465678848 N
sumber: facebook

Lepas berkahwin pada 1962, Blossom ditukar ke Kuala Lumpur. Beberapa tahun lepas tu, Blossom bertugas di Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat di Kuala Lumpur. Pada masa tulah, Blossom terus ‘mengganas’ bila asyik terlibat dengan penyamaran dan operasi banteras kegiatan haram.

Salah satu achievement yang sangat membanggakan ialah apabila Blossom diarahkan tubuh cawangan siasatan rogol. Team di bawah Blossom lah dikatakan pertama kali menggunakan teknologi DNA dan mendapat training daripada Royal Canadian Mounted Police.

 

6. Bersara dan kembali bercucuk tanam 

Blossom akhirnya bersara pada tahun 1993 lepas 36 tahun bertugas dan kini lebih suka menumpukan perhatian pada anak perempuannya yang bertugas sebagai ahli veterinar. Pada usia di akhir 70-an, Blossom kembali ke hobi bercucuk tanam dan menanam bunga macam dulu. Baginya, dia tak pernah menyesal menjadi polis. Kalau diberikan peluang untuk jadi polis sekali lagi, Blossom bersedia untuk bertugas.

Tonton video penuh interview bersama Blossom: 

Kisah Blossom ni pasti buat ramai wanita berangan-angan nak jadi spy kan! So inspiring!

Baca: 8 Wanita Hebat Malaysia Yang Dikenali Luar Negara

Hey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.