in

“Berani ya” – [VIDEO] Bagi Anak Umur 10 Tahun Bawa Kereta, Sekeluarga Akhirnya Serah Diri

Budak 10 Tahun Bawa Kancil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa selalunya akan pastikan anak-anak patuh akan arahan dan dengar nasihat kerana mereka mahukan anak jadi insan yang berguna pada masa akan datang. Selain itu, ibu bapa juga tak akan benarkan anak untuk buat perkara yang boleh memudaratkan atau mencederakan diri.


Namun berbeza pula dengan kejadian yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan satu video tentang seorang budak memandu kereta kancil berwarna merah.

@majoritiofficial

Polis memang suka benda-benda viral ni. ? #bawahumur #memandu #kereta #tular

♬ BORN FOR THIS – Foxxi

Dalam video tersebut telah dinyatakan bahawa ibu kepada budak lelaki tersebut dah lambat untuk hantar anaknya pergi ke sekolah dan dalam kereta itu terdapat juga kakak dan adik yang duduk di kerusi penumpang.

Menurut Berita Harian, berikutan viralnya video anak lelaki berusia 10 tahun pandu kereta, sepasang suami isteri telah menyerahkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib menyatakan bahawa Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian telah mengesan video tular bertarikh 10 Mei lalu Facebook (FB) yang dikongsi oleh sebuah akaun.

Berikutan kejadian itu, BSPT dah menjalankan risikan terperinci dan dapati kejadian itu berlaku pada jam 7 pagi Selasa lalu (10 Mei) di Pekan Nanas ketika budak tersebut sedang bersiap untuk ke sekolah.

Hasil siasatan juga mendapati video berkenaan dipercayai dirakam oleh anak perempuan wanita terbabit yang berusia 11 tahun menggunakan telefon miliknya.

“Kereta dipandu oleh anak lelakinya berusia 10 tahun bersama dua adiknya, seorang perempuan berusia 6 dan lelaki berusia 3 tahun” – Ketua Polis Daerah Pontian

Mohammad Shofee berkata berikutan kejadian itu, ibu bapa dan tiga anak lain tampil serah diri ke IPD, jam 10 pagi, hari ini. Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui akaun TikTok yang memaparkan video berkenaan juga adalah miliknya.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

Selain itu, pemilik kenderaan yang juga ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987.

Ingat ibu bapa dekat luar sana, cegah sebelum terlambat!

Baca: “Orang kemain puji, aku buka aib dia” – Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Mereka ‘Terbuka’ Aib Anak

Untitled Design 2022 05 12T125900.771

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.