in

“Orang kemain puji, aku buka aib dia” – Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Mereka ‘Terbuka’ Aib Anak

Untitled Design 2022 05 12T125900.771

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi ibu bapa itu bukanlah sesuatu yang mudah, anak-anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang dikurniakan.


Sebagai ibu bapa, tugas mendidik dan melindungi adalah antara salah satu kewajipan kerana ia akan membentuk sikap serta cara pemikiran anak-anak itu apabila mereka dewasa nanti.

Baru-baru ini, tular sebuah thread di Twitter seorang wanita dikenali sebagai aindzaya berkongsi, ramai yang memuji kelakuan baik anaknya yang baru berusia 11 bulan itu ketika sedang menziarah rumah-rumah ketika hari raya.

Dalam thread itu, aindzaya berkongsi anaknya Dahlia, dipuji kerana behave, pandai, dan tak ‘mengutip’, malah anaknya juga itu dikatakan matang tidak seperti bayi 11 bulan yang lain.

Bagaimanapun, sudah menjadi kebiasaan ibu bapa secara tidak sedar memberikan respon yang membuka aib anak-anak apabila anak itu dipuji.

Perkara itu seakan sudah menjadi lumrah dalam kalangan ibu bapa tetapi ramai yang tidak sedar secara tidak langsung ia akan mengurangkan keyakinan anak-anak, malah itu juga ibarat membuka aib anak itu sendiri.

Menurutnya lagi, perkara itu mungkin akan membuatkan ibu bapa tampak rendah diri tetapi sebaliknya untuk anak-anak ia agak menghiris perasaan mereka dan ia juga akan menyebabkan anak-anak berasa tidak dihargai.

Ibu itu juga berkongsi, jika anak itu dipuji berbanggalah dengan mereka dan ajar mereka untuk mengucapkan terima kasih. Baginya, sekecil-kecil pujian adalah satu sokongan dan semangat pada anak, lebih-lebih lagi dari ibu ayah mereka.

“Anak lebih hormat ibu bapa apabila wujud kepercayaan kepada orang tuanya. Hari ni kita cakap baik pasal anak, bila anak dah besar anak pun akan cakap dan ingat perkara baik pasal diri kita” tulisnya.

Semoga kita menjadi ibu bapa yang baik satu hari nanti 🙂

 

Baca: [VIDEO] Ibu Tersentuh Anak 9 Tahun Sanggup Guna Duit Raya Hadiahkan Cincin Emas Sempena Hari Ibu

Untitled Design 2022 05 12T124447.862

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.