in

Berang Tak Dapat Curi Tabung Surau, Pencuri Bakar Buku Agama Dan Selerakkan Al-Quran Dalam Surau

Pagesurau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak kes kecurian yang kita dengar di negara ini saban hari. Kawasan perumahan, pusat membeli belah, kawasan parkir kereta mahupun tempat beribadat, semuanya tidak terlepas daripada menjadi sasaran pencuri-pencuri ini.


Menurut Berita Harian, sebuah surau dikenali sebagai Surau Al-Hidayah yang terletak di Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai telah dipecah masuk oleh pencuri yang bertindak membakar buku agama dan menyelerakkan Al-Quran sebelum meninggalkan tempat itu.

Sueau1
sumber: terengganu times

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada waktu malam itu, Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Hassan Sabudin memberitahu bahawa barang-barang lain seperti sejadah, Al-Quran dan Yassin di ruangan solat lelaki turut diselerakkan oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Selain itu, jam besar yang berada di dalam surau itu juga telah dialihkan dari tempat asalnya. Pemeriksaan awal pihak surau mendapati bahawa tabung surau mempunyai kesan umpil dan gula-gula getah yang terlekat. Buku agama yang mempunyai tafsiran ayat-ayat suci Al-Quran juga turut dibakar.

Surau2
sumber: terengganu times

“Helaian buku agama itu dibakar di laluan bilik air surau yang berada di luar surau, saya tidak pasti bahan bakar apa yang digunakan, namun individu berkenaan menggunakan sesuatu yang dibalut dengan telekung sebelum membakar buku terbabit,” kata Hassan.

Individu yang memecah masuk surau itu dipercayai tahu kedudukan setiap barangan yang terdapat di situ termasuklah kawasan stor yang tidak dikunci dan tabung surau.

Surau6
sumber: terengganu times
Surau3
sumber: terengganu times

“Ini adalah kes terbesar yang pernah berlaku di surau ini sejak ia mula beroperasi tahun 1990. Kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan hanya kes kecurian kecil.”

Hassan berharap orang ramai tidak terlalu emosi dengan kejadian ini yang secara tidak langsung memberikan kesan terhadap sensitiviti agama sehingga boleh mencetuskan ketegangan dan menasihatkan orang awam supaya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan dan menyelesaikan kes ini dengan segera.

Surau4
sumber: terengganu times

Selepas melakukan penyiasatan, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai memaklumkan bahawa suspek dipercayai membakar buku agama itu kerana berang tidak dapat mencuri duit tabung surau yang disimpan dalam peti besi.

Pihak polis kini giat mengesan suspek tersebut untuk menahan penjenayah yang terbabit.

Tak dapat curi duit tabung surau, dia bakar buku agama pulak. Semoga pihak polis cepat-cepat la dapat tangkap penjenayah tu.

Baca: Campak Bom Petrol, Surau Damansara Damai Hampir Meletup Ketika Jemaah Solat Subuh

Suraaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.