in

Campak Bom Petrol, Surau Damansara Damai Hampir Meletup Ketika Jemaah Solat Subuh

Bom Tukar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Surau merupakan tempat ibadat yang suci bagi mereka yang beragama Islam. Tidak wajar bagi sesiapa yang cuba mencemarkannya atau menggugat keselamatan mereka yang sedang beribadat di dalamnya. Ia samalah juga seperti mengganggu kesucian rumah ibadat bagi agama yang lain.


Pun begitu, Ahad lalu, jemaah Surau Damansara Damai telah dikejutkan dengan serangan dua lelaki yang mencampakkan bom petrol (molotov cocktail) ke dalam kawasan surau ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh, lapor MMO.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi itu mula disedari oleh salah seorang jemaah daripada 20 jemaah Surau Al-Huda apabila terperasan akan kesan bakar pada pintu masuk surau berkenaan. Terkejut dengan situasi itu, Ahli Jawatankuasa Surau telah memanggil jemaah yang lain untuk membantu memadam kebakaran.

23658920 467115300356536 2263312120220683901 N
sumber: facebook

Menurut salah seorang jemaah yang tidak mahu dikenali, mereka bernasib baik kerana botol arak mengandungi minyak tanah dan kain bersumbu yang diubahsuai menjadi bom itu tidak meletup. Malah jemaah yang lain juga terselamat daripada sebarang kecederaan. Syukurlah! 

Berdasarkan maklumat saksi, kelibat dua lelaki menaiki motosikal telah membaling botol arak mengandungi bom petrol itu dilihat berlegar di luar kawasan surau semasa kejadian tersebut berlaku.

23843466 467115313689868 8356357499384740469 N
sumber: facebook
23659170 467115343689865 7503613981702944906 N
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, identiti mereka masih belum dikenalpasti dan pihak polis masih menjalankan siasatan.

Pihak Ahli Jawatankuasa Surau juga tidak pasti sama ada kejadian ini mempunyai kaitan atau tidak dengan masalah penduduk berhubung pembinaan kuil di Jalan PJU10/F, lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya masih lagi meneliti laporan saksi dan jemaah surau tersebut dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

Walau apapun isunya, diharapkan perkara ini tidak diperbesarkan hingga mengakibatkan nyawa dan keselamatan penduduk setempat terancam. Rumah ibadat adalah rumah suci kepada penganutnya. Sama-samalah kita saling hormat menghormati. 

Baca: Dua Ahli Kongsi Gelap Baling Bom Petrol di Balai Polis Kerana Bengang Ketua Ditangkap

Molotov Cocktail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.