in

Warga Emas Wanita Malaysia Ditahan Cuba Seludup D*dah 31kg Ke Nigeria

Ft Seludup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita tempatan berusia 63 tahun telah ditahan oleh pihak berkuasa Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram dadah jenis Canadian Loud ke negara tersebut menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos.

Suspek yang dikenali sebgaai Ting Hung Kiong telah ditahan pada 17 Mei lepas oleh Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) sebaik sahaja tiba di terminal ketibaan lapangan terbang berkenaan.


Artikel berkaitan: Tular Video Kepala Kena P*jak, Polis Sahkan Penunggang Motor Menunggang Secara Bahaya & Positif Dadah

Artikel berkaitan: Polis Temui Dadah Dalam Kenderaan Kemalangan Di Plaza Tol

Menurut sumber, wanita yang mempunyai status warga Malaysia secara naturalisasi itu tiba di Nigeria menaiki penerbangan Emirates dari Thailand menerusi Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Siasatan awal mendapati bahawa suspek dipercayai dalam perjalanan dari Malaysia ke Thailand sebelum ke Nigeria dengan membawa dua bagasi besar yang mengandungi bahan terlarang tersebut.

710756224 1514960120672088 1128436242680399278 N

Ketika disoal siasat, wanita tersebut mendakwa bahawa perjalanan itu telah ditaja oleh anak perempuannya setelah berada di Thailand kira-kira dua minggu sebelum menerima bungkusan berkenaan untuk dihantar ke Nigeria.

Dalam pada itu, seorang lagi suspek turut ditahan di lapangan terbang berasiangan selepas dipercayai cuba seludup kokain yang disembunyikan dalam badan semasa perjalanan ke luar negara.

712644066 1514957404005693 6650577389761437652 N

NDLEA memaklumkan beberapa siri operasi di beberapa negeri  termasuk Lagos, Edo, Ekiti dan Kano turut membawa kepada rampasan besar dadah serta penahanan beberapa individu lain yang disyaki terliabt dalam rangkaian pengedaran dadah antarabangsa.

Pihak berkuasa Nigeria kini terus mempertingkat operasi bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah yang didapati semakin berleluasa melalui laluan udara dan kurier antarabangsa.

712644230 1514957427339024 8058624484638480064 N

Operasi berkenaan merupakan sebahagaian daripada daripada tindakan berterusan NDLEA dalam membanteras rangkaian dadah rentas sempadan di negara tersebut.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.