in

Bengang Akibat Kucing Kesayangan Dibunuh, Wanita Ini Membunuh Pula Teman Lelakinya

Feature Image Bunuh Bf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ni banyak pula kita dengar kisah-kisah pembunuhan kejam di mana mayat yang dibunuh kemudiannya di kerat.


Terbaru, telah berlaku kejadian pembunuhan kejam terhadap seorang lelaki oleh teman wanitanya hanya disebabkan kucing.

Menurut Dailystar wanita tersebut telah membunuh teman lelakinya dengan menggunakan penukul selepas lelaki itu membunuh kucing kesayangannya.

“Anastasia Kh, 41, menggunakan tukul untuk membunuh teman lelakinya yang berusia 39 tahun itu kemudian membuangnya.”

Wanita yang menganggur itu meletakkan mayat di dalam lima beg plastik dan membawanya ke  di daerah Kirov di St Petersburg, Rusia.

Plastik Hitam
Sumber : dailystar

Mayat tersebut telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang lelaki yang sedang bersiar-siar bersama anjingnya di kawasan tersebut dan kemudian terus memanggil polis.

Pegawai polis turut menjumpai bahagian tulang kaki, tulang rusuk, satu bahu, bahagian pelvis, dan kulit mangsa.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia, wanita itu membunuhnya dengan menggunakan penukul dan turut menendangnya beberapa kali.

Polis turut mengatakan pasangan itu sering bergaduh dan situasi menjadi lebih tegang apabila teman lelakinya itu dikatakan membunuh kucing kesayangannya.

Kesan darah pembunuhan tersebut dijumpai disekitar kawasan rumah.

Dapur Berdarah
Sumber: dailystar

Hmm menakutkan lah, sebab kucing pun boleh sampai macam ni sekali.

 

Baca: “Tolong hentikan sebarang spekulasi” – Kakak Kepada Mangsa Pembunuhan Kejam Berharap Kes Cepat Selesai

Feature Image Keluarga Mangsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.