in

“Tolong hentikan sebarang spekulasi” – Kakak Kepada Mangsa Pembunuhan Kejam Berharap Kes Cepat Selesai

Feature Image Keluarga Mangsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah berlaku kes pembunuhan kejam yang berlaku di Melaka dan kini masih berada dalam siasatan polis.


Pelbagai spekulasi dan andaian telah dikeluarkan oleh ramai pihak dan perkara ini menyebabkan  keluarga mangsa kurang berasa senang.

Menurut Harian Metro, keluarga itu enggan ditemui oleh mana-mana media kerana terlalu sedih terhadap kejadian tragis yang menimpa kedua-dua mangsa itu.

Keluarga
Sumber: harian metro

Hanya Tuhan sahaja yang tahu kepiluan terpaksa dihadapinya”

Walaupun keputusan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) masih belum diperoleh bagi mengesahkan mangsa adalah ahli keluarga mereka, perasaan hiba keluarga itu jelas digambarkan.

“SAYA harap siasatan polis akan mengambil kira semua sudut, termasuk kemungkinan pembabitan individu lain dalam pembunuhan kejam adik dan anak saudara saya.”

Itulah harapan Munira Bidin, 29, kakak kepada Norfazera, 27, yang dipercayai mangsa bunuh kerat lapan bersama anak lelakinya berusia 11 tahun di Kampung Ladang, Krubong, 10 Oktober lalu.

Lebih memilukan lagi apabila tidak lama lagi akan berlangsungnya majlis perkahwinan kakak mangsa.

“Sebagai kakak yang sangat rapat dengan arwah, terlalu sukar untuk kami menerima kenyataan itu apatah lagi ia berlaku ketika hampir dengan hari perkahwinan saya Ahad ini.

“Malah, saya sebenarnya sudah tawar hati untuk bersanding, namun terpaksa diteruskan kerana semua tempahan sudah dibuat, kad jemputan juga diedarkan, tetapi majlis hanya dibuat secara sederhana.

“Banyak perancangan majlis bersama arwah perlu dibatalkan dan digantikan dengan alunan zikir, bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah adik dan anak saudara,” katanya.

Dia turut berkata supaya proses pengebumian jenazah adik dan anak saudaranya itu dapat dipercepatkan kerana keputusan DNA yang diambil dari sampel darah mereka bertiga sudah dapat.

“Saya merayu dan berharap pihak berkenaan mempercepatkan proses pengesahan supaya kami dapat segera menyempurnakan urusan kedua-dua jenazah.

“Saya juga berharap jemputan majlis persandingan saya Ahad ini tidak bertanyakan soalan berkaitan hal ini yang hanya memburukkan lagi emosi kami sekeluarga,” katanya sebak.

Mereka sekeluarga juga meminta supaya netizen menghentikan sebarang spekulasi yang tidak pasti sehingga mampu menyinggung perasaan keluarga.

“Tolonglah hentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih, terutama apabila dikaitkan dengan masalah keluarga sedangkan kami, arwah, suami dan keluarga mentuanya sangat baik dan rapat,” katanya.

Admin harap kes ni cepat selesai dan netizen semua tolonglah berhenti sebarkan spekulasi.

 

Baca: Gempar! Polis Jumpa Mayat Mati Dibunuh Kerat 8, Sisa Badan Dilempar Kat Kawasan Semak

Bunuh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.