in

Bendera Palestin Diarak Pada Final Piala FA, Rupanya Ada Kisah Disebaliknya

Leicester City Palestine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Leicester City mencipta sejarah tersendiri awal pagi tadi apabila menewaskan Chelsea dalam saingan Piala FA dengan jaringan 1-0 di Stadium Wembley.


Kemenangan ini membolehkan pasukan yang digelar The Foxes merasai kejuaraan pertama pertandingan berkenaan setelah 137 tahun kewujudan kelab berkenaan!

114960

Walaupun jaringan dihasilkan oleh pemain tengah, Youri Tielemans cukup bermakna, namun ada perkara yang lebih mencuri tumpuan para peminat bolasepak seluruh dunia ketika pasukan ini meraikan kemenangan mereka tersebut.

Dua orang pemain mereka, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana yang beragama Islam telah menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin dengan membawa bendera negara berkenaan keliling stadium semasa meraikan kemenangan pasukan mereka.

Saya nampak ada bendera Palestine, dapatkan ia untuk saya

Menurut sebuah perkongsian di Twitter,rupa-rupanya, ada cerita menarik disebalik ‘kejayaan’ mereka membawa bendera Palestin tersebut.

E1Dwaptx0Aa90Um E1621241414108

Difahamkan, Hamza telah berlari ke arah salah seorang sekuriti stadium dan meminta beliau mendapatkan bendera itu daripada salah seorang penyokong yang hadir ke perlawanan akhir tersebut.

Saya berjaya dapatkan bendera tersebut, tetapi Hamza terlalu jauh, saya terpaksa melambai-lambai kepadanya

Menurut pemilik akaun Twitter bernama Maahiul Alam, beliau terpaksa beberapa kali melambai-lambai kepada Hamza selain bendera tersebut turut cuba dirampas dan dihalang oleh beberapa penyokong lain.

E1Dwazox0Aieys6

Walaupun begitu, Hamza kemudian kelihatan berlari kearah beliau sebelum membawa bendera tersebut tanda bersoladiriti terhadap apa yang terjadi di Palestin sekarang ini.

Selain dilaporkan, kad pengenalan Maahiul kemudian telah diambil dan dikhabarkan beliau berdepan dengan masalah selepas kejadian tersebut!

Penghargaan Buat Leicester dan Hamza

Perbuatan Hamza Choudhury dan Wesley Fofona selepas perlawanan akhir Piala FA tersebut mendapat perhatian duta besar Palestin di United Kingdom, Dr Husam Zomlot yang menzahirkan rasa besar hati melalui sepucuk surat keatas perbuatan kedua-dua pemain tersebut yang sudi menunjukkan sokongan terhadap Palestin dalam sebuah acara yang besar dan ditonton di segenap pelusuk dunia.

E1Dtff9Weaglgxa

Melalui surat rasmi berkenaan, Dr Husam juga sempat mengucapkan tahniah kepada pasukan Leicester City atas kejayaan mereka merangkul gelaran juara Piala FA selain berharap pasukan berkenaan dapat bermain di Baitulmaqdis, suatu hari nanti.

 

Sumber : Mirror

Baca :“Dorg betul2 koyak tu” – Akaun IG Heliza Helmi Mungkin Kena Padam, Sebab Kongsi Pasal Gaza

Heliza

Sumber: Daily Sabah
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.