in

“Dorg betul2 koyak tu” – Akaun IG Heliza Helmi Mungkin Kena Padam, Sebab Kongsi Pasal Gaza

Fi Ig

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ternyata tragedi menyayat hati di Palestin membuka mata ramai pihak kerana tindakan rejim zionis itu dianggap tidak berperikemanusiaan.


Pelbagai cara dilakukan oleh rakyat marhaen di negara ini bagi menunjukkan sokongan dan keprihatinan terhadap nasib sahabat-sahabat di bumi Gaza itu.

 

Akaun IG kena warning

Walau bagaimanapun, perkhabaran kurang enak dilalui oleh selebriti Heliza Helmi yang cukup terkenal sebagai aktivis kemanusiaan serta mempunyai budi pekerti seorang muslimah yang wajar dicontohi.

Ig 1

Dia yang sejak akhir-akhir ini selalu memuat naik posting tentang kejadian berdarah di Palestin itu menjadi perhatian ramai, apabila dikatakan mendapat amaran daripada Instagram sendiri. Dah kenapa eh?

Menerusi perkongsiannya yang dimuat naik kurang daripada 24 jam itu, dia menunjukkan akaun IG nya itu mungkin akan di padam kerana postingnya dikatakan mempunyai unsur kekejaman dan merbahaya.

Di ruangan kapsyen, dia mempersoal kalau menyebarkan kebenaran tu jadi kesalahan selain menambah yang dia tak boleh dah nak buat live di akaunnya itu lagi.

“La hawla wala quwwata ila billah. Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takuit ler tu. koyaks ker tu . Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada .”

Di akhir perkongsian, Heliza menyeru untuk kita semua supaya berdoa agar segala akaun media sosial kita masih selamat untuk kita sebarkan segala kebaikan.

Ini pun dikategorikan ‘koyak’ juga ke? Hehehehehehe

 

Baca : “#IndiaStandsWithIsrael” – Rakyat Negara India Sokong Israel, Tapi Kena Reject Dengan Kumpulan Pertahanan Israel?

Fi Israel

Sumber: azhan.co

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.