in

Pakai Gaun ‘Peace’ Tapi Kena…? Miss Israel Dikecam Hebat Masa Sesi Kostum Miss Universe

Syaz Ft 96

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wakil Israel ke pertandingan Miss Universe tahun ini, Danielle Yablonka, 25, diejek dengan sorakan boo selepas muncul di pentas mengenakan jubah gergasi bertulis perkataan “peace” ketika pertandingan kostum di San Juan, Puerto Rico pada Sabtu lalu.

Menurut laporan New York Times, busana rona keemasan rekaan pereka kelahiran Baitulmaqdis, Jacob Meir itu memaparkan perkataan “peace” dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani serta simbol seperti burung merpati, oren Jaffa dan dusun sitrus.


Artikel berkaitan: “Memang susah ler Aina” – Video Peserta Filipina Eurovision Asia Peluk Penerbit Israel Cetus Spekulasi Netizen?

Artikel berkaitan: Netanyahu Rasmi Hilang Majoriti Parlimen Dalam Pilihan Raya Israel

Ketika penampilan itu berlangsung, pengacara majlis menjelaskan rekaan tersebut diinspirasikan daripada transformasi Israel serta menggambarkan tanah yang penuh sejarah dan pertemuan budaya. Namun, mesej keamanan yang dibawa mengundang reaksi bercampur baur memandangkan ia berlaku di tengah-tengah konflik yang berterusan.

Susulan kecaman yang timbul, Yablonka tampil memberi penjelasan menerusi Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Times of Israel (@timesofisrael)

“Saya seorang wanita Israel yang sangat percaya kepada keamanan. Saya percaya rakyat Israel dan Palestin berhak hidup dengan bermaruah, selamat, bebas serta penuh harapan untuk masa depan yang lebih baik,” tulisnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kostum tersebut tidak bertujuan untuk memadamkan mana-mana sejarah atau budaya tertentu.

Yablonka dilahirkan di Miami, Amerika Syarikat sebelum berpindah ke Tel Aviv pada 2024, dan dinobatkan sebagai Miss Israel dalam satu majlis di Jewish Museum of Florida-FIU pada 2 Julai lalu, bukan melalui pertandingan di negara tersebut.

Menurut Jerusalem News Syndicate, beliau menyifatkan gelaran itu sebagai tanggungjawab mewakili masyarakat Yahudi di seluruh dunia serta peluang memperkenalkan Israel kepada khalayak lebih luas.

Acara kemuncak Miss Universe ke-75 dijadualkan berlangsung pada Selasa ini dengan penyertaan 116 peserta bagi merebut gelaran yang disandang pemenang tahun lalu, Fátima Bosch dari Mexico.

Sumber: New York Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.